[VIDEO] Polis tahan penuntut IPT pukul 2 lelaki guna kunci stereng di Dengkil


  • 112
  • Jumaat, 04 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan pergaduhan melibatkan seorang penuntut IPTS dengan dua lelaki di jalan raya dekat pekan Dengkil, Selangor.

SEORANG penuntut institut pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan pada Khamis atas dakwaan memukul dua individu menggunakan kunci stereng kereta di jalan raya dekat pekan Dengkil, Selangor.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Shan Gopal Karpal berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas salah seorang daripada mangsa membuat laporan pada pukul 12.17 tengah hari.

Menurutnya, mangsa mendakwa, kejadian yang berlaku pada pukul 11.50 pagi itu menyebabkan mereka mengalami kecederaan di kepala dan tangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Perselisihan faham punca 7 dicekup bergaduh dekat premis hiburan di Skudai

BACA LAGI: [VIDEO] Bengang TNG dalam MyKad rosak, pemandu bergaduh dengan penjaga tol lepas gagal lepasi palang

"Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa semasa masing-masing memandu dari kawasan Air Itam menghala Dengkil.

"Polis turut merampas kunci stereng yang digunakan untuk mencederakan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Shan Gopal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat.

Beliau dalam pada itu turut menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan berkongsi maklumat tidak benar berhubung kes berkenaan.

Video insiden itu sempat dirakam pengguna jalan raya lain yang berada di situ sebelum ditularkan di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram