Lelaki bunuh pereka dalaman di Sri Damansara disyaki tengah merompak sebelum mangsa tiba-tiba balik rumah


Muhammad Sharqawi (gambar kecil) meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu selepas ditikam seorang individu tidak dikenali.

SEORANG lelaki berusia 50 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh seorang pereka dalaman di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, Selangor pada 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh mangsa, Muhammad Sharqawi Abu Bakar.

"Kami percaya dia sedang merompak dan menggeledah unit pangsapuri mangsa apabila mangsa tiba di rumah. Pergelutan berlaku sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia," katanya pada Selasa.

BACA LAGI: Suspek kes tikam pereka dalaman di Sri Damansara ditahan

BACA LAGI: Pereka dalaman tinggal sendirian di apartmen di Sri Damansara maut kena tikam 20 kali

6332122404377182287

Muhammad Sharqawi yang maut dibunuh di rumahnya di Sri Damansara pada 16 September lalu. — Facebook

Beliau berkata, suspek akan didakwa di mahkamah Petaling Jaya, Selangor.

Terdahulu, mangsa berusia 36 tahun yang tinggal berseorangan di rumah berkenaan ditemui maut selepas mengalami kecederaan parah di anggota badan.

Polis menemui mangsa dengan 20 kesan tikaman selepas menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam yang juga merupakan jiran mangsa.

Pihaknya juga sebelum ini tidak menolak kemungkinan kes berkenaan berpunca daripada pecah rumah sebelum bertukar kepada kejadian samun sehingga menyebabkan kematian. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram