SAYU. Hanya itulah yang mampu digambarkan melihat seorang warga emas lelaki menjual air kelapa di sebuah tepi jalan dekat Bandar Puteri Klang, Selangor baru-baru ini.
Manakan tidak, warga emas dipercayai berusia 90 tahun itu masih lagi gagah berniaga demi mencari rezeki tambahan.
Menurut seorang warga maya, @ricxxxkiddo, warga emas yang lebih dikenali sebagai 'Pak Cik Kelapa' tersebut sudah lama berniaga di lokasi berkenaan.
BACA LAGI: Wira tanpa suara: Anjing perang dan pengorbanan di sebalik misi menentang komunis
"Korang kalau pergi Klang, berhenti support (sokong) pak cik ini sekejap.
"Air kelapa RM4.50 sahaja. Tak boleh tengok orang tua berniaga. Teringat ayah dekat rumah," ciapnya melalui laman X (Twitter) pada Khamis.
Korang kalau pergi Klang, berhenti support pakcik ni kejap. Air kelapa RM4.50 je. Tak boleh lah tengok orang tua berniaga. Teringat ayah dekat rumah pic.twitter.com/MtFtj6mKnL
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) October 3, 2024
Melalui video yang dikongsikan individu berkenaan, kelihatan warga emas tersebut tetap setia menunggu pelanggan walaupun dalam keadaan mengantuk dan keletihan.
Malah, menurut @ricxxxkiddo, lagi warga emas tersebut turut mempunyai masalah pendengaran.
Menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya, @MarsyitahJohari turut menyeru penduduk di sekitar Klang untuk membeli air kelapa daripada warga emas tersebut.
"Dekat dengan rumah. Kalau beli mesti bagi lebih duit dan setiap kali itulah atok ini terus tadah tangan baca doa dan setiap kali itu lah balik sambil menangis atas motor.
"Korang kalau nak tolong, belilah dekat atok ini pastu bagilah lebih RM5 atau RM10. Semoga atok sentiasa sihat," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram