[VIDEO] Anak derhaka sanggup tumbuk muka bapa sebab tak dapat ikut konvoi


  • Benua
  • Khamis, 14 Sep 2023

Tangkap layar video tular seorang remaja lelaki tergamak memukul bapanya sendiri di khalayak ramai. — Agensi

SEORANG remaja tergamak mengasari ayah kandungnya sendiri dengan memukul dan menampar warga emas tersebut di khalayak ramai baru-baru ini.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah tempat di Indonesia namun tidak dinyatakan lokasi sebenar.

Memetik laporan media antarabangsa, SuaraMerdeka.Com, video tersebut pada mulanya dimuat naik di laman media Instagram, @terangmedia pada Rabu.

"Rakaman video seorang anak memukul ayahnya sendiri," tulisnya.

Dalam video berdurasi 15 saat tersebut, kelihatan remaja lelaki berkenaan memukul ayahnya beberapa kali di kepala.

Difahamkan, anak derhaka itu bertindak demikian kerana ayahnya tidak membenarkan dia untuk mengikuti konvoi bermotosikal.

Dalam video tersebut, salah seorang rakan mangsa juga dilihat menahan remaja terbabit daripada terus memukul ayahnya namun tidak diendahkan.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan ayah remaja terbabit dan nasib remaja tersebut sama ada ditahan pihak berkuasa atau tidak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram