Sultan Pahang perkenan keputusan GISB sesat jika teruskan amalan al-Arqam


  • Primer
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam, adalah menyeleweng dan sesat.

Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa mengadakan mesyuarat khas pada Rabu lalu.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, pada mesyuarat khas itu, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang memutuskan pengikut GISBH sama ada pekerja beragama Islam atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat jika meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah.

BACA LAGI: 'Tirai hitam' Kemboja, kesan darah 'melekat' 5 dekad jadi saksi betapa peritnya hidup bawah rejim Khmer Rouge

BACA LAGI : Wira tanpa suara: Anjing perang dan pengorbanan di sebalik misi menentang komunis

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang memutuskan pengikut GISBH sama ada pekerja beragama Islam atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat jika meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah.

Beliau berkata, ini kerana Aurad Muhammadiah yang dibawa oleh al-Arqam diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994.

Katanya, selain itu, ajaran berkenaan mempercayai bahawa Ashaari Muhammad yang meninggal dunia pada 2010 tidak mati sebaliknya ghaib.

"Bahawa keputusan ini meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau mana-mana kumpulan yang telah wujud atau akan diwujudkan.

"Sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelas beliau lagi, semua pihak berkuasa seperti Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan lain-lain hendaklah bekerjasama bagi merangka dan melaksanakan pemulihan serta pemantauan kepada pengikut GISBH. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram