Tak kisah dianggap 'kolot' tapi parut di jari bukti anak jati Besut cipta kemahsyuran ukir nama sehingga ke pintu Oxford


  • Bizz
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Bagi Norhaiza, ukiran kayu adalah kraf tradisional indah yang mesti dikekalkan dan dipupuk.

BIAR hampir empat sedekad mengabdikan diri sebagai pengukir kayu terkemuka, cinta dan semangat Norhaiza Noordin, 61, terhadap seni kraf masih kekal utuh sehingga kini.

Bagi penerima anugerah Tokoh Kraf Negara 2022 itu, ukiran kayu bukan sekadar sejenis kraf tangan, sebaliknya ia adalah satu bahasa.

"Ia adalah cara untuk berhubung dengan nenek moyang, untuk menceritakan pelbagai kisah dan seni untuk mengekalkan warisan Melayu.

BACA LAGI: 'Usaha tidak khianati hasil', persepsi negatif tak jadi penghalang Faeeza Noor sukses buka butik pakaian, aksesori di Semenyih

BACA LAGI: [VIDEO] Dari Pantai Timur ke benua Eropah, seni seramik raku anak kelahiran Kuala Kangsar tembusi pasaran global

WhatsApp Image 2024-09-12 at 10.36.47

Bagi Pak Jah, ukiran kayu bukan sekadar sejenis kraf tangan, sebaliknya ia adalah satu bahasa.

"Saya akan terus menghasilkan ukiran kayu seni halus selagi mampu," katanya.

Anak kelahiran Terengganu itu merupakan antara segelintir pengukir kayu yang masih memiliki kemahiran mengukir motif pada blok kayu yang digunakan dalam telepuk.

Berbicara tentang cintanya terhadap seni ukiran kayu, ujar Norhaiza, kepakarannya adalah terletak khusus dalam menghasilkan hulu keris dan panel hiasan dengan motif yang rumit.

"Sesetengah orang mungkin menganggap gaya ukiran kayu saya kolot (kuno), tetapi saya tidak kisah.

"Saya menganggap diri ini sebagai penjaga warisan kerana seni mesti dipelihara.

"Kita mesti melindungi warisan negara, sama seperti kita mesti memelihara resipi kuih tradisional seperti onde-onde, lompat tikam dan kuih lapis.

"Walaupun berada dalam era fusion, resipi tradisional mesti dihargai kerana ia menjadi pengenalan kepada kekayaan sejarah. Makanan juga merupakan bahagian penting dalam warisan Nusantara," kata Norhaiza yang mesra disapa Pak Jah.

Norhaiza aspires to revive the fading art of telepuk, and preserve this for future generations.

Norhaiza bercita-cita untuk menghidupkan seni telepuk yang semakin pudar, supaya generasi akan datang dapat mempelajarinya.

Penjaga tradisi

Mengenali figura hebat ini, bapa kepada dua anak tersebut berasal dari Kampung Raja di bandar pesisir Besut, Terengganu.

Kampung asalnya kaya dengan sejarah termasuk seni dan kraf tradisional, tentu sahaja ia menjadi tempat sesuai untuk Pak Jah memulakan pengembaraan kreatifnya.

Ujar Norhaiza, selepas menamatkan pendidikan menengah, dirinya berpeluang mendalami ilmu ukiran kayu daripada mentor pertama, Wan Su Othman dan anaknya, Wan Po.

"Kemudian saya mendapat latihan di bawah pengukir kayu terkenal seperti Tengku Ibrahim Tengku Wok, Abdul Rahman dan Latif Long.

"Saya belajar kemahiran daripada tukang-tukang hebat ini dan bercita-cita untuk menjadi seperti mereka," kata pengukir itu dengan tutur kata yang lembut.

Pada tahun 1992, dia mula mempelajari teknik dan falsafah seni Melayu dengan pengukir kayu terkenal, Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein.

Kini, hasil karya kayu Pak Jah, yang kebanyakannya dibuat menggunakan kayu merbau dan cengal, boleh dilihat di beberapa tempat seperti kediaman persendirian, istana, muzium dan masjid bukan sahaja di seluruh Malaysia, malah seantero dunia.

Menariknya, hasil ukiran halusnya juga pernah menghiasi pintu masuk Auditorium Malaysia dan Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom.

Kepakarannya membuka peluang untuk Pak Jah bertemu dan berinteraksi dengan kerabat diraja, termasuk Raja Charles III dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Karyanya turut didokumentasikan dalam buku Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving pada tahun 2003.

4

Norhaiza (tengah) ketika menerima Tokoh Kraf Negara 2022.

Adiguru

Pada tahun 2011, Pak Jah meraih gelaran Adiguru Kraf Ukiran Halus, anugerah yang diberikan kepada mana-mana tukang kraf terkemuka di Malaysia oleh kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM).

"Memenangi anugerah ibarat satu pengiktirafan buat perjalanan saya, namun pengiktirafan sebenar adalah terletak pada hubungan yang saya bina dengan kraf setiap hari.

"Ia melambangkan dedikasi dan semangat saya," ceritanya lagi.

Warisan budaya

Dalam tempoh empat dekad lalu, dia juga aktif menyertai pameran dan menjalinkan kerjasama antarabangsa, dalam usaha mempamerkan keindahan serta kepelbagaian seni ukiran kayu Malaysia.

Pada Mei tahun lalu, Pak Jah mempamerkan seni telepuk di pameran Kraf Warisan Malaysia semasa London Craft Week.

Kongsinya, telepuk bukan sekadar seni yang hilang, ia adalah sebahagian daripada keunikan warisan yang digunakan sultan dan raja-raja.

"Saya telah menerima tanggungjawab untuk menghidupkannya semula agar ia tidak hilang begitu sahaja.

"Ini adalah komitmen peribadi saya untuk memelihara warisan budaya kita," kata Pak Jah.

Terdapat lebih 30 corak telepuk, setiap satu diilhamkan oleh buah-buahan yang berkembang seperti nangka, durian dan bunga kopi.

Blok-blok berkenaan dibuat menggunakan kayu nangka dan jelutong. Pak Jah memiliki kira-kira 50 alat ukiran kayu dalam pelbagai saiz, termasuk pahat, gouge dan veiner.

Meskipun profesion sebagai pengukir kayu memerlukan kerja keras, dia yakin bahawa Institut Kraf Negara mampu memainkan peranan dalam melengkapkan golongan muda dengan kemahiran berkaitan ukiran kayu.

Kesan-kesan parut di jari dan pergelangan tangan menjadi bukti betapa bahaya pekerjaan yang dijalaninya.

"Walaupun wujud tanggapan bahawa industri kraf kurang glamor dan hanya menawarkan pendapatan yang sederhana, saya lihat pendaftaran di pusat-pusat latihan sebenarnya mula menunjukkan peningkatan.

"Selain menguasai kemahiran kraf, adalah penting juga untuk mereka mendapatkan ilmu daripada aspek perniagaan seperti harga dan pemasaran untuk benar-benar berjaya.

"Tukang kraf sering mengenakan harga yang terlalu rendah, kebanyakannya gagal menyedari nilai sebenar kemahiran dan kepakaran mereka," jelasnya.

Pak Jah turut mengakui, untuk mendapatkan pendapatan lumayan seperti RM5,000 sebulan, tetap menjadi cabaran disebabkan sifat kraf yang memerlukan banyak tenaga kerja.

Ujar beliau, memperkasakan pengukir tempatan dengan kemahiran tradisional di samping mengaplikasikan konsep perniagaan moden adalah penting untuk mengatasi jurang tersebut.

"Jika kita boleh melakukannya, seni dan perniagaan boleh bergerak seiring," akhirinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram