Bagaikan mati hidup semula, degup jantung tiba-tiba terhenti tak sampai 30 minit bermain futsal


  • 112
  • Selasa, 10 Sep 2024

(Dari kiri) Badrul dan Halmi menunjukkan peralatan AED yang digunakan ketika Jack (bertopi) di pejabat SJAM yang bertempat di Klang.

TINDAKAN pantas orang ramai menyelamatkan Jack Oon yang mengalami serangan jantung ketika bermain futsal bersama kenalannya pada tahun lalu sememangnya satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Mengimbau semula insiden pada 4 November tahun lalu, tidak sampai 30 minit arkitek berusia 60 tahun itu bermain futsal, sebelum dia mengalami serangan jantung.

Namun, tindakan pantas daripada salah seorang rakannya, Zaf berjaya membantu Jack yang berdepan kesukaran pernafasan selain tiada denyutan nadi.

Pada ketika itu, Zaf memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sementara salah seorang rakannya bergegas ke meminta pertolongan ke pusat operasi St John Ambulance Malaysia (SJAM) yang berada berdekatan.

BACA LAGI: 'Uncle masih ingat saya?', bekas polis Sandakan sebak ditegur mangsa nahas 31 tahun lepas

BACA LAGI: [VIDEO] Terjebak dadah akibat 'buta' cinta, anak jati Sandakan tekad capai kemerdekaan sebenar

"Jack terselamat kerana seseorang memberikan bantuan CPR kepadanya. Sekiranya mereka terus menunggu pihak perubatan, sudah tentu dia akan meninggal dunia," kata Ketua Pegawai Operasi SJAM Kawasan Pantai Selangor (KPS), Datuk Yeo Kim Thong.

p-l-FfJJD6SCcvs-unsplash-e1648257424483

Badrul dan Halmi memberikan bantuan awal kepada Jack menggunakan AED sebelum dia dihantar ke hospital menggunakan ambulans. — Gambar Hiasan

Menurutnya, CPR dan bantuan menggunakan defibrilator luaran automatik (AED) memainkan peranan penting dalam usaha menyelamatkan Jack yang berdepan detik cemas ketika insiden itu berlaku.

"Ia bermula dengan panggilan kecemasan di talian 999. Bantuan CPR merupakan bantuan susulan yang penting sebelum penggunaan AED kepada mangsa," katanya.

Dua anggota SJAM, Mohamad Badrul Hisyam Mahtar dan Mohamad Halmi Ahmad merupakan antara yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Badrul yang memeriksa denyutan nadi Jack mendapati, kandungan oksigen dalam darahnya turun ke paras 70 peratus sementara tekanan darahnya juga tidak dapat dibaca.

"Ketika kami membawa Jack ke Hospital Sungai Buloh, Selangor bantuan CPR terus diberikan kepada mangsa sementara kami memberikannya kejutan elektrik menggunakan AED," ujar Badrul.

A mural painting tribute to frontliners had showing in IJN building in Kuala Lumpur. AZLINA ABDULLAH/The Star

Jack menjalani pembedahan di IJN yang mana doktor telah meletakkan dua tiub logam di arteri koronarinya.

Perubahan akhirnya ditunjukkan Jack setelah dia tiba di hospital sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi membolehkan dia menjalani sesi pembedahan yang mana dua tiub logam diletakkan di arteri koronari.

Bercerita lanjut, Jack mengakui dirinya amat bersyukur kerana orang ramai sudah mula menyedari kepentingan mempelajari CPR untuk menyelamatkan nyawa.

"Saya tidak mempunyai simptom serangan jantung kerana tiada ahli keluarga saya pernah berdepan situasi itu," ujar bapa kepada tiga anak itu.

Jelas Jack lagi, selain CPR, pemasangan AED di kawasan awam juga cukup penting untuk menghadapi situasi genting.

"Saya juga berharap alatan tersebut dipasang lebih banyak bagi membolehkan orang ramai terselamat sekiranya situasi seperti dialami saya berlaku di tempat terbuka," katanya lagi.

Pada 2021, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, pemasangan AED adalah wajib di kawasan terbuka dan juga kenderaan awam dalam tempoh empat tahun, sebagai usaha mengelak kematian berpunca daripada serangan jantung.

Menurutnya, fasa pertama pemasangan akan dilaksanakan di kemudahan awam dan persendirian dengan pemilik premis boleh memasangnya secara sukarela.

Namun, pada tahun-tahun akan datang, 100 lagi alatan AED akan dipasang seluruh negara menerusi kerjasama dibuat dengan persatuan bukan kerajaan (NGO) dengan jumlah itu bakal meningkat saban tahun. — The Star/ EDWARD RAJENDRA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram