[VIDEO] Bukan setakat bahayakan diri sendiri, polis P.Pinang buru individu guna papan luncur di jalan raya


  • 112
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Tangkap layar seorang individu yang melakukan aksi berbahaya menggunakan papan luncur di sebuah jalan raya Jalan Baru dekat Balik Pulau yang tular sejak Jumaat.

TINDAKAN seorang individu yang melakukan aksi berbahaya menggunakan papan luncur di sebuah jalan raya Jalan Baru dekat Balik Pulau, Pulau Pinang mengundang padah apabila kini diburu pihak berkuasa selepas videonya tular di laman media sosial pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya kini sedang mengesan individu tersebut.

"Menerusi video tular itu sejak Jumaat, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di laluan berbukit Jalan Baru.

BACA LAGI: 'Pengasuh patut jalani penilaian mental sebelum diambil bekerja di pusat asuhan'

BACA LAGI: [VIDEO] Mat Jais maut jatuh pokok petai di Kampung Changkat Perah

"Video berdurasi 47 saat itu dikesan polis semalam (Jumaat), selepas dimuat naik pemilik akaun Facebook @Arief Why Pocong Pocong.

"Aksi individu yang menggunakan papan luncur itu boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kamarul Rizal turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di talian 04-8664122.

"Orang awam yang mempunyai info lanjut mengenai kejadian itu juga boleh hubungi pegawai penyiasat di talian 013-3312026.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Kaedah-kaedah kawalan Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikroboliti) 2021," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram