Aplikasi MyJPJ tawarkan akses paparan sijil pemilikan kenderaan


  • 112
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Pengguna kini boleh melihat sijil pemilikan kenderaan mereka dalam aplikasi MyJPJ. — Wiser.my

ORANG awam kini boleh semak dan lihat sijil pemilikan kenderaan mereka dalam aplikasi MyJPJ, berikutan kemas kini daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam versi 2.6.5.

Mereka yang belum mendaftar boleh memuat turun aplikasi tersebut di Google Play dan Apple App Store.

Sebelum ini, aplikasi itu hanya boleh memaparkan maklumat lesen pemandu dan cukai jalan.

BACA LAGI: Lesen kenderaan tak aktif dalam rekod JPJ antara punca permohonan Budi Madani tak lulus

BACA LAGI: JPJ jamin tiada unsur salah guna sistem, kecurian identiti maklumat pemegang lesen memandu

Ia juga menyediakan maklumat lain seperti lokasi pejabat JPJ di seluruh Malaysia, semakan denda dan senarai hitam, serta nombor pendaftaran plat kereta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram