DUA anggota polis ditahan kerana disyaki melakukan peras ugut wang daripada pasangan warga asing di Jalan Taming Sari, Kajang, Selangor baru-baru ini dikenakan tindakan sewajarnya.
Menurut Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, kedua-dua anggota tersebut juga sudah dikenakan tahanan tugas.
Beliau berkata, perintah menggantung tugas kedua-dua anggota itu dianggap tindakan awal pihaknya sebaik kes didakwa di mahkamah.
BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi nikmati panorama semula jadi, suami isteri lemas dibawa arus deras di China
BACA LAGI: [VIDEO] Anak selamat, mayat pemancing dibaham buaya ditemukan tak sempurna di Sabah
"Berhubung aspek tindakan tatatertib, siasatan dimulakan sebaik laporan dibuat dan tindakan sewajarnya akan diambil sebaik sahaja siasatan tatatertib selesai," katanya pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang ditahan susulan video tular memaparkan kejadian pemerasan warga asing.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Berikutan kejadian itu, kedua-dua suspek dituduh di Mahkamah Kajang pagi Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram