[VIDEO] Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta di Puchong, bapa akan didakwa


  • 112
  • Sabtu, 03 Ogos 2024

Tangkap layar daripada video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta sambil membawa dua orang adiknya.

POLIS sudah merujuk kertas siasatan berhubung kes bapa yang membiarkan anaknya memandu kereta Perodua Viva dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong, Selangor baru-baru ini ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kedua-dua anak beranak berkenaan akan didakwa mengikut Akta Pengangkutan 1987.

Namun katanya, tarikh pendakwaan belum lagi ditetapkan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

BACA LAGI: [VIDEO] Penculik minta tebusan Bitcoin RM5.4 juta maut berbalas tembakan dengan polis di Johor — Shuhaily

BACA LAGI: [VIDEO] JPJ siasat, ambil tindakan kes kanak-kanak 12 tahun pandu kereta di Puchong

“Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987.

“Manakala, bapanya pula akan dituduh mengikut Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya memetik laporan Kosmo Online.

Tambah beliau lagi, hukuman Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menetapkan pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Wan Kamarul Azran berkata, pertuduhan juga akan dibuat bersama dengan kertas siasatan jenayah selepas pegawai penyiasat melaksana tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram