[VIDEO] Kerajaan Malaysia bagi tol percuma menjelang perayaan antara 3 isu yang paling dicemburui rakyat Indonesia


  • Tular
  • Jumaat, 02 Ogos 2024

Kesemua lebuh raya jalan tol di Malaysia adalah percuma menjelang hari perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, dan Deepavali. — Gambar Hiasan

MALAYSIA sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang menjaga kebajikan rakyat tidak kira usia, bangsa mahupun agama.

Banyak kemudahan yang sudah disediakan oleh kerajaan bagi memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian.

Sehubungan itu, tidak mustahil kemudahan yang disediakan ini sentiasa menjadi perbandingan rakyat negara yang lain terutamanya Indonesia.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengarah syarikat diserang guna kapak di Shah Alam, RM200,000 hilang sekelip mata

BACA LAGI: [VIDEO] Anak selamat, mayat pemancing dibaham buaya ditemukan tak sempurna di Sabah

Terbaharu, sebuah rancangan podcast Bukanbedahyangasli yang dikendalikan tiga sahabat berkongsi antara kelebihan yang dinikmati rakyat Malaysia berbanding masyarakat di Indonesia.

Antara topik yang menjadi bualan mereka termasuklah sistem parkir automatik yang banyak digunakan di Malaysia sekali gus membanteras aktiviti ulat parkir di kawasan bandar.

Pada masa sama, sistem meletak kenderaan automatik ini turut memastikan kelancaran dan kecekapan dalam urusan parkir.

Menurut mereka lagi, di Malaysia, iklan kekosongan kerja sering dipamerkan di hadapan kedai bersama dengan maklumat gaji dan manfaat yang ditawarkan.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

WhatsApp Image 2024-08-02 at 12.28.24

Pada masa sama, mereka turut memuji syarikat-syarikat dalam negara yang tidak meletakkan syarat umur minimum atau pengalaman kerja minimum tiga tahun untuk memohon pekerjaan tersebut.

Ini sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk mendapatkan pekerjaan.

Perkhidmatan membuat pasport di Malaysia juga tersedia pada hari Ahad, menunjukkan bahawa perkhidmatan kerajaan tidak berhenti pada hujung minggu.

Apa yang membuat mereka lebih teruja ialah kesemua lebuh raya jalan tol di Malaysia adalah percuma menjelang hari perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, dan Deepavali.

Bagi ketiga-tiga sahabat dari seberang itu, kerajaan Malaysia seharusnya menerima pujian kerana masih lagi mementingkan rakyat walaupun waktu perayaan adalah masa di mana jalan tol sepatutnya menjana pendapatan yang tinggi, tetapi kerajaan memilih untuk memberi laluan percuma sebagai tanda penghormatan kepada perayaan tersebut.

Selain itu, kebanyakan pekerja dalam negara juga boleh mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau jaminan hari tua mempunyai potongan tidak seperti di Indonesia.

Menurut mereka, dana tersebut boleh digunakan sebahagiannya untuk pendidikan, bayaran ansuran rumah, kesihatan, atau dana kecemasan, dengan syarat dan ketentuan yang ditetapkan.

Mereka turut memuji kemudahan jalan raya dalam negara walaupun di dikelilingi ladang kelapa sawit, namun infrastruktur dan kemudahan awam yang disediakan diselenggara dengan baik.

Dengan pelbagai kemudahan dan kelebihan ini, jelaslah bahawa Malaysia komited dalam menyediakan kesejahteraan dan kemudahan kepada rakyatnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram