KPT tak kompromi sindiket penipuan, penjualan sijil akademik palsu di media sosial


  • Primer
  • Khamis, 01 Ogos 2024

KPT tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana institusi IPTA/ IPTS mahupun individu terlibat dalam penjualan sijil akademik di peringkat sekolah mahupun hingga pengajian tinggi.

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana institusi pendidikan tinggi awam atau swasta (IPTA/ IPTS) mahupun individu terlibat dalam penjualan sijil akademik di peringkat sekolah mahupun hingga pengajian tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi isu terbabit.

"Saya juga telah mengarahkan supaya laporan polis juga perlu dibuat sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat perkara tersebut.

BACA LAGI : Foto 'generate' AI papar wanita berhijab aurat terdedah, baju ketat, khuatir timbul fitnah di sisi agama

BACA LAGI : Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan

"Saya percaya, Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh menterinya, Fadhlina Sidek akan mengikut pendekatan yang sama memandangkan ia melibatkan pengeluaran sijil di bawah kuasa kementerian itu.

“Ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai, dengan sesetengah pihak mempersoalkan kesahihannya kerana ia memaparkan kedua-dua jata negara kita dan logo Kementerian Pendidikan.

“Bagi mereka yang kurang biasa dengan aktiviti sebegitu, maka mereka mungkin berisiko untuk ditipu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

PUTRAJAYA, 7 Jan -- Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bercakap kepada pemberita pada sidang media berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Malay Mail pada Rabu melaporkan sindiket penjualan sijil akademik palsu secara dalam talian yang secara terang-terangan mempromosikan kegiatan mereka di media sosial pada harga antara RM1,500 dan RM4,000.

Kegiatan itu didakwa menyasarkan individu yang terdesak untuk memiliki kelayakan akademik bagi tujuan mencari pekerjaan.

Zambry berkata, terdapat beberapa kes penipuan sijil akademik telah berjaya dirungkai sebelum ini melalui aduan awam melibatkan sindiket penipuan yang memperdaya mangsa menggunakan nama institusi pendidikan tinggi.

Katanya, pemantauan dan kawal selia berterusan dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi dengan melaksanakan pemeriksaan ke atas IPTS selaras dengan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 (Akta 555) berkaitan pengeluaran sijil palsu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan helah sindiket penipuan dan penjualan sijil akademik berkenaan.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan dan maklumat berkenaan penerima Ijazah Kehormat dan Ijazah Kedoktoran di portal GREaT KPT melalui pautan https://dohe.mohe.gov.my/award/. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram