[VIDEO] 'Tiada beza beza lintasan kuning atau putih, dua-dua wajib dahulukan pejalan kaki'


  • Tular
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan sebuah kenderaan dipandu dengan laju di hadapan sebuah sekolah walaupun terdapat amaran laluan zebra di kawasan Presint 9 (1), Putrajaya.

MASIH ramai pengguna jalan raya yang ingkar dan mengabaikan undang-undang termasuk tanda lintasan belang (Laluan Zebra) walaupun pelbagai advokasi atau nasihat diadakan di seluruh negara.

Malah, sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri itu ada masanya meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain terutamanya pejalan kaki.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial, @KhairulAqmal meluahkan rasa kesal dengan sikap pemandu di yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dalam keadaan berbahaya di Presint 9 (1), Putrajaya.

BACA LAGI: Kekejaman jenayah 'rare', bekas peguam mahkamah tentera anggap kes bunuh Zulfarhan jahat dan zalim

BACA LAGI: Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan

"Lintasan pejalan kaki berwarna putih di hadapan sekolah bermakna pejalan kaki haruslah diutamakan.

"Kejadian pagi tadi di Putrajaya. Nasib baik tak 'terbang' dua orang pejalan kaki tersebut," ciapnya di laman X (Twitter) miliknya pada Jumaat.

Individu tersebut turut memuat naik satu video memaparkan sebuah kenderaan dipandu dengan laju di hadapan sebuah sekolah walaupun terdapat amaran laluan zebra di kawasan tersebut.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

The zig zag marking at a zebra crossing in Light streetStarpic By: ZAINUDIN AHAD/The Star / 11 Aug 2020

Setiap pengguna jalan raya harus dididik keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama semua pihak. — Gambar Hiasan

Lebih mengejutkan lagi, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 itu tidak memberhentikan kenderaannya walaupun ada orang awam yang ingin melintas di kawasan tersebut.

Rakaman klip video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang awam dan rata-rata warga maya mengecam pemandu berkenaan.

Menurut @fityaphets, kejadian tersebut sudah kerap kali terjadi di kawasan tersebut sehingga penduduk sekitar sudah lali dengan sikap pemandu di sana.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, @oneshahril agar pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius insiden tersebut kerana ia melibatkan nyawa penduduk.

"Sudah tiba masa Perbadanan Putrajaya (PPj) atau pihak yang terbabit memasang kamera di setiap lampu isyarat atau laluan zebra terutamanya di kawasan sekolah untuk mengelakkan perkara yang sama berulang," tulisnya.

Sementara itu, @mzulfiqor pula menegaskan setiap pengguna jalan raya harus dididik keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama semua pihak.

"Tiada beza beza lintasan kuning atau putih, dua-dua wajib dahulukan pejalan kaki.

"Bezanya lintasan kuning ada lampu isyarat. Peringatan penting kepada semua pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati dan peka terhadap keselamatan pejalan kaki, khususnya di kawasan yang sibuk seperti di hadapan sekolah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram