SAHAM di Bursa Saham Tel Aviv merosot pada Ahad selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap pelabuhan Hodeida yang dikuasai oleh kumpulan Houthi di barat Yaman pada Sabtu.
Serangan itu berlaku selepas serangan dron yang dilancarkan oleh kumpulan yang disokong oleh Iran mengorbankan seorang lelaki di Tel Aviv.
Serangan pada hujung minggu itu turut menandakan kali pertama Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melaksanakan serangan di Yaman.
BACA LAGI: Joe Biden tarik diri pertahan jawatan Presiden AS, beri sokongan kepada Kamala Harris
BACA LAG: Hizbullah lancar serangan balas ke atas Israel guna roket Katyusha
Susulan daripada serangan itu, indeks penanda aras Bursa Saham Tel Aviv, TA-125, dan indeks TA-35 yang merangkumi syarikat-syarikat terkemuka, kedua-duanya jatuh hampir satu peratus pada penutupan dagangan di Tel Aviv pada Ahad selepas merosot sehingga 2 peratus sepanjang hari dagangan.
Indeks TA-90, yang menjejaki saham-saham dengan kapitalisasi tertinggi yang tidak termasuk dalam indeks TA-35, turun 1.4 peratus.
Sementara itu, indeks TA-Construction pula merosot 2.1 peratus dan indeks TA-Biomed turun 1.9 peratus.
Pada Jumaat, shekel melemah 0.7 peratus berbanding dolar dengan perdagangan pada kadar 3.66.
Footage showing the first moments of the air strikes on Yemen’s Hodeida port. The great fireball of the Find Out phase. pic.twitter.com/ZyGi0k6So8
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) July 22, 2024
Memetik laporan media antarabangsa pada Ahad, Tentera Udara Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk membalas serangan udara di pelabuhan yang dikawal Houthi, yang menyasarkan depot bahan bakar, tapak berkaitan tenaga, dan kemudahan lain.
Serangan itu bertujuan untuk menghalang kumpulan itu daripada mengimport senjata Iran sekali gus menggugat sumber kewangan kepada pemberontak yang disokong Iran.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Houthi, proksi Iran, telah melakukan serangan ke atas kapal di Laut Merah sebagai tanda solidariti kepada rakyat Gaza yang menjadi mangsa keganasan Israel.
Serangan ke atas Yaman berlaku selepas lebih 200 serangan Houthi ke atas Israel, menimbulkan kebimbangan tercetusnya peperangan baharu selepas konflik di Gaza yang bermula pada 7 Oktober lalu.
Menurut Tel Aviv Stock Exchange (TASE), sentimen itu mendorong indeks TA-35 ke paras tertinggi sepanjang masa pada 2,076.77 mata pada 15 Julai.
TA-35 diperdagangkan 13 peratus lebih tinggi daripada pada malam tercetusnya perang Gaza dan meningkat kira-kira 10 peratus setakat tahun ini.
Dalam tiga bulan pertama tahun ini, ekonomi berkembang pada kadar tahunan 14.1 peratus selepas menguncup 19.4 peratus pada suku terakhir 2023 kerana perang di Gaza memberi kesan yang berat ke atas perbelanjaan pengguna, perdagangan, dan pelaburan.
Secara keseluruhan, ekonomi Israel berkembang 2 peratus pada 2023, selepas berkembang pada kadar pantas 6.5 peratus pada 2022. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram