[VIDEO] Anak selamat, mayat pemancing dibaham buaya ditemukan tak sempurna di Sabah


  • 112
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Lelaki yang hilang dipercayai dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Subuk di Kampung Sobak Perpaduan dekat Kinabatangan, Sabah ditemui pada Jumaat.

LELAKI yang hilang dipercayai dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Subuk di Kampung Sobak Perpaduan dekat Kinabatangan, Sabah ditemui pada Jumaat.

Mangsa yang dikenali sebagai Kami Antong ditemui dalam keadaan tidak sempurna pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham reptilia tersebut.

Dalam kejadian pada petang Selasa, mangsa telah pergi memancing dan memukat ikan bersama anak lelakinya di sungai tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita trauma ditumbuk lelaki mental, abang ipar desak tindakan segera pihak berkuasa

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’

Bagaimanapun, anak lelaki mangsa yang berusia 10 tahun selamat dalam kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Jamaluddin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan pada hari keempat.

"Operasi dimulakan pada pukul 8 pagi dengan menggunakan bot orang awam di sepanjang sungai sejauh lima kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

“Mangsa telah berjaya ditemui pasukan penyelamat sebelum mayat mangsa dibawa ke kawasan kampung lalu diserahkan kepada waris keluarga,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram