DALAM era teknologi canggih masa kini, kecerdasan buatan (AI) telah menjadi alat yang sangat berkuasa dalam pelbagai bidang.
Namun, penggunaan teknologi ini perlu diiringi dengan tanggungjawab yang tinggi. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penyalahgunaan teknologi AI untuk menghasilkan gambar berunsur negatif yang menimbulkan fitnah pada masyarakat.
Fenomena itu amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja merosakkan imej, tetapi juga boleh memecahbelahkan perpaduan.
BACA LAGI : Lesenkan platform media sosial langkah bijak banteras 'konten' kurang bijak, pengaruh negatif
BACA LAGI : Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan
Gambar-gambar yang dihasilkan menggunakan AI dengan niat jahat boleh disebarkan dengan pantas di media sosial, menyebabkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama.
Terbaharu, seorang pengguna media Facebook, OMG Hackers meluahkan rasa gusar apabila penggunaan AI dalam menghasilkan gambar sudah menjadi tidak terkawal sehingga menimbulkan fitnah dalam agama Islam.
Menurut pentadbir laman Facebook berkenaan, kebanyakan gambar yang dihasilkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini kurang sopan dan tidak sesuai untuk menjadi tatapan awam.
"Berhenti salah guna generate gambar berunsur negatif guna AI sehingga menimbulkan fitnah pada agama," tulisnya.
Imej seorang wanita yang dihasilkan menggunakan AI.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan pentadbir laman Facebook berkenaan.
Seorang warga maya, Ayoi Ayoi berkata, tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu harus dibanteras dengan segera sebelum menjadi lebih parah.
"Aurat terdedah, baju ketat, nampak bentuk tubuh badan dan seumpamanya sudah semakin berleluasa sekarang dengan generate AI.
"Ini juga termasuk badan lelaki yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan mereka berbangga memuat naik gambar sedemikian rupa.
"ALLAH... begitulah kemajuan yang tidak disertai dengan kefahaman agama," tulisnya.
Taufik Fazli pula berkata, masyarakat juga perlu lebih bijak dan kritikal dalam menilai maklumat dan gambar yang diterima melalui media sosial.
"Pendidikan tentang cara mengenal pasti maklumat palsu dan gambar yang dihasilkan menggunakan AI perlu dipertingkatkan.
"Kita dapat memastikan teknologi AI digunakan untuk kebaikan dan tidak disalahgunakan untuk tujuan yang boleh memudaratkan masyarakat dan agama," katanya.
Hasil pemerhatian Majoriti, kebanyakan gambar yang dibuat menggunakan AI dapat dihasilkan dengan mudah dan mengikut kehendak pengguna.
Pengguna hanya perlu menulis kriteria imej yang mereka mahukan dan dengan bantuan AI, gambar tersebut dapat dihasilkan hanya dalam masa beberapa saat sahaja. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram