[VIDEO] Suami curang ‘kerjakan’ isteri di hotel Port Dickson direman 4 hari


  • 112
  • Jumaat, 21 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan pergaduhan melibatkan sepasang suami isteri di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Mei lalu.

POLIS menahan seorang lelaki yang didakwa membelasah isterinya dalam kejadian di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan direman selama empat hari bermula Jumaat.

Suspek yang berusia 37 tahun didakwa mengasari isterinya selepas kantoi curang dalam kejadian di sebuah hotel.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis kesan suami pukul isteri baru habis pantang lepas kantoi 'check in' hotel di Port Dickson

BACA LAGI: 'Tiada isu persaingan', NUTP sokong penuh modul guru sukarelawan Singapura jika beri faedah

Majistret menetapkan suspek berusia 37 tahun itu direman selama empat hari bermula Jumaat hingga 24 Jun ini.

Pada Khamis, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed telah membuka kertas siasatan selepas suspek dilihat menyerang mangsa yang berusia 38 tahun dalam sebuah video tular.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi pada 24 Mei lalu dan video itu tular di media sosial pada 19 Jun.

"Mangsa mengalami kecederaan di pipi dan sakit badan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan bahaya. — TheStar/SARBAN SINGH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram