[VIDEO] Wanita Pontianak hilang nyawa jatuh treadmill, terpelanting dari tingkat 3 gimnasium


  • Benua
  • Rabu, 19 Jun 2024

Mangsa (bulatan kecil) terpelanting dari tingkat tiga gimnasium tersebut gara-gara tingkap di belakangnya terbuka luas dalam kejadian di Pontianak pada Selasa. — Agensi

SEORANG wanita dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan tragis di sebuah pusat gimnasium pada Selasa.

Difahamkan, insiden itu berlaku di Pontianak, Indonesia dan mangsa yang tidak didedahkan namanya itu merupakan seorang ahli tetap pusat kecerdasan tersebut.

Memetik laporan media antarabangsa, pada waktu kejadian wanita malang itu sedang berjoging menggunakan salah satu treadmill di gimnasium berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat rakam memori terakhir bersama rakan, pelancong wanita maut kepala ditimpa bongkah batu di China

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa terkejut, jirus air paip sebelum suspek menyorok dalam tandas sebelah — Polis Batu Pahat

Malangnya, kejadian tidak diingini berlaku apabila wanita itu tidak dapat mengawal pergerakan kakinya mungkin kerana treadmill terlalu laju, lalu menyebabkan dia terjatuh ke belakang.

Lebih menyedihkan, dia terpelanting dari tingkat tiga gimnasium tersebut gara-gara tingkap di belakangnya terbuka luas.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian ekoran daripada kecederaan parah yang dialaminya.

Video kejadian turut tular di laman media sosial dan menjadi bualan dalam kalangan warga maya sejak Rabu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram