[VIDEO] Entah apa masalah, bas ekspres main brek siap himpit kereta di Pantai Timur


  • Tular
  • Ahad, 16 Jun 2024

Sebuah bas ekspres memandu secara berbahaya di Pantai Timur.

SEORANG pemandu bas ekspres dirakam memandu secara berbahaya termasuk bertindak menghimpit kereta lain di laluan Pantai Timur.

Menurut perkongsian warganet bernama Noor, sebuah video di Facebook menunjukkan sebuah bas ekspres dipandu secara berbahaya di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.

Bas tersebut dilihat sering menekan brek hinggakan menimbulkan bahaya terhadap kenderaan di belakangnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Mengumpat belakang dipercayai punca lelaki mengamuk, tengking staf dobi wanita di Sabah

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa terkejut, jirus air paip sebelum suspek menyorok dalam tandas sebelah — Polis Batu Pahat

Namun begitu, ia tidak berhenti di situ. Dalam rakaman dari kamera yang sama, bas tersebut bertindak bahaya menghimpit kereta saat ia hendak berhenti di sebelah kiri jalan.

Bas itu dilihat menghimpit dengan cukup rapat kereta tersebut dengan tindakan tersebut hampir menyebabkan kemalangan.

"Bas ekspres ni tak tau sebab apa tiba-tiba brek mengejut. Lepas tu boleh pula kejar (dan) himpit kita.

"(Kejadian) di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu. Nasib sempat kejar untuk dapatkan nombor plat," kata Noor dalam perkongsiannya.

Majoriti cuba untuk mendapatkan respons daripada syarikat bas ekspres tersebut namun masih belum mendapat jawapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram