[VIDEO] Polis kesan suami pukul isteri baru habis pantang lepas kantoi 'check in' hotel di Port Dickson


  • 112
  • Khamis, 20 Jun 2024

Tangkap layar video memaparkan pergaduhan melibatkan sepasang suami isteri di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Mei lalu.

SEORANG lelaki yang bertindak di luar kawalan apabila memukul isterinya di sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Mei lalu kini dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video tular berdurasi 0:31 saat di media sosial pukul 3 petang pada Rabu.

Video tersebut memaparkan pasangan berusia 37 dan 38 tahun bergaduh di hotel berkenaan.

BACA LAGI: Sedekad hilang, isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat

BACA LAGI: Rumah mewah belum tentu jamin privasi golongan T20, lagi-lagi ada jiran jadikan 'homestay'

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu pukul 9.50 pagi di sebuah Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pergaduhan itu membabitkan sepasang suami isteri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Difahamkan, punca pergaduhan disebabkan tindakan suspek yang telah berlaku curang dan tidur di sebuah hotel.

Mangsa juga dikatakan datang ke bilik hotel sendiri dalam keadaan baru habis tempoh berpantang sebelum pergaduhan berlaku.

Katanya, susulan pergaduhan itu, mangsa cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

"Mangsa sudah membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram