[VIDEO] Mangsa terkejut, jirus air paip sebelum suspek menyorok dalam tandas sebelah — Polis Batu Pahat


  • Tular
  • Sabtu, 15 Jun 2024

Tangkap layar memaparkan lelaki tersebut ditangkap oleh pengawal keselamatan dan orang awam.

SEORANG lelaki yang dipercayai warga asing ditangkap selepas cuba untuk menghendap salah seorang wanita di tandas perempuan di di Batu Pahat, Johor pada Khamis.

Berdasarkan video yang tular di media sosial sejak Jumaat, difahamkan, mangsa menyedari kejadian berkenaan selepas dia melihat seseorang sedang menghendapnya dari bawah pintu tandas.

Dia kemudian terkejut dan terus menjerit meminta pertolongan sehingga pegawal keselamatan datang di tempat kejadian dan berjaya menangkap suspek.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Persona sambil pegang objek serupa pistol ditahan bersama pedang di Kuala Terengganu

BACA LAGI: ‘Pattern itu kita nampak, motif kita tidak ada’, polis respons isu 3 bintang bola sepak termasuk serangan asid Faisal Halim

"Nak buang air pun terbantut, nampak kepala dia tengok dari bawah," kata seorang wanita dalam video terbabit.

Menerusi perkongsian video tersebut, suspek dituduh mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.

Malah, suspek sempat membuang telefon pintar tersebut di dalam mangkuk tandas kerana takut ditangkap.

Namun, pengawal keselamatan berjaya menyuruh agar dia mengambilnya kembali.

@evelyn_zkal

Ada seorang lelaki cina masuk tandas perempuan dia pergi tandas paling belakang pastu dia mengendap dari bawah dan dia mengambil gambar pastu mangsa nampak dia kat bawah pastu and then saksi menjerit minta tolong pastu security pon datang dah tangkap dia kesian mangsa tu telefon tu dia flush sbb takot kena tangkap last last kena tangkap jugak

♬ 原声 - Evelyn

Video itu pada mulanya dimuat naik di akaun TikTok @evelyn_zkal pada Khamis dan mula tular di laman X (Twitter) pada Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengahari (Khamis) ketika mangsa, seorang wanita tempatan berumur 28 tahun menyedari dirinya sedang diintai oleh seorang lelaki.

"Mangsa yang ternampak seorang lelaki sedang mengintai dari bahagian ruang bawah dinding pemisah antara tandas bersebelahan dengan tandas mangsa bertindak menjerit meminta tolong dan turut menjirus air paip ke arah muka suspek.

"Pengawal keselamatan bertugas telah menahan suspek berusia 24 tahun yang bersembunyi dalam bahagian tandas sebelah tandas mangsa.

"Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis Batu Pahat untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau lagi, susulan daripada kejadian itu polis menahan seorang lelaki tempatan di Jalan Flora Utama, Batu Pahat pada Jumaat.

"Hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

"Suspek telah ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini (Jumaat) hingga Isnin depan untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram