SEORANG pelancong wanita maut ditimpa bongkah batu ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan dekat Sichuan, China pada Rabu.
Kemalangan ngeri yang berlaku di Wawushan, Hongya County pada pukul 11 pagi itu turut berjaya dirakam oleh pengunjung yang lain.
Melalui video yang dikongsikan memaparkan pelancong malang itu sedang mengambil gambar di kawasan tersebut sebelum sebongkah batu telah terjatuh dan mengenai kepala mangsa.
BACA LAGI: Misteri kematian Zayn Rayyan hanya akan terungkai ketika perbicaraan di mahkamah nanti — Shuhaily
BACA LAGI: Wanita maut dipukul, ditikam suami di depan anak selepas sarapan di Ipoh
Seorang pelancong wanita maut ditimpa bongkah batu ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan dekat Sichuan, China pada Rabu. pic.twitter.com/kzCQ3dCV6x
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) June 15, 2024
Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Turut kelihatan para pengunjung yang lain bertempiaran lari meninggalkan lokasi kejadian selepas insiden itu berlaku.
Setakat berita ini ditulis, polis masih melakukan sisatan berhubung kes tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram