Elak berhutang, penjawat awam boleh guna Akaun Fleksibel KWSP jadi tabung kecemasan — Cuepacs


  • Massa
  • Sabtu, 11 Mei 2024

Seramai 52,442 penjawat awam akan terbabit dalam penstrukturan semula akaun KWSP bermula 11 Mei ini.

PENJAWAT awam digalakan memindahkan dana ke Akaun Fleksibel bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan betul dan bebas dari hutang.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, ia adalah langkah yang wajar bagi penjawat awam supaya mereka dapat menguruskan kewangan mereka pada masa depan.

"Umumnya kita ketahui, bagi penjawat awam yang bercarum, KWSP menstrukturkan semula Akaun KWSP yang akan berkuat kuasa 11 Mei ini.

BACA LAGI: Ketua jabatan jangan pilih bulu elak penjawat awam bermasalah terima kenaikan gaji — Cuepacs

BACA LAGI: Lebih 50,000 penjawat awam terlibat penstrukturan semula akaun KWSP mulai 11 Mei

2680216

Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin

"Akaun Persaraan (Akaun 1) dinaikkan kepada 75 peratus manakala untuk Akaun Sejahtera (Akaun 2) dikurangkan kepada 15 peratus iaitu mengikut keperluan.

"Akaun Fleksibel (Akaun 3) pula diwujudkan dengan caruman 10 peratus dan ia boleh digunakan sekiranya terdesak atau pun kecemasan," katanya kepada Majoriti.

Sehubungan itu, bagi kakitangan awam yang mencarum terutamanya mereka yang berpangkat rendah harus menggunakan peluang Akaun Fleksibel ini bagi merancang kewangan demi kelangsungan hidup.

"Melalui akaun ini mereka boleh menggunakan kemudahan itu sekiranya berlaku kecemasan sekali gus mengelakkan penjawat awam daripada berhutang.

"Anggap sahaja ia sebagai tabung atau simpanan kecemasan dan ini sebenarnya adalah satu inisiatif yang baik daripada kerajaan dan pihak KWSP sendiri.

"Pada masa sama, dengan adanya akaun 3 ini, Akaun 1 dan Akaun 2 mereka (penjawat awam) tidak akan terusik.

"Ini sekali gus membantu hari tua kakitangan awam yang akan berpencen nanti yang mana simpanan mereka akan mencukupi," katanya.

BACA LAGI: Politik pejabat, jadi 'kambing hitam ' antara sebab Gen-Z, milenial tak minat jawatan pengurus — Kajian

438741524_838147195018751_2727752818565005986_n

KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun. — Facebook/JPA

BACA LAGI: 'Dengar pun dah takut', cadangan pendedahan STEM seawal usia 4 tahun kurang dipersetujui

Terdahulu, media melaporkan seramai 52,442 penjawat awam akan terbabit dalam penstrukturan semula akaun KWSP bermula Sabtu dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan serta Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram