KDN dalam peringkat akhir pinda Akta Penagih Dadah


  • Primer
  • Selasa, 07 Mei 2024

Datuk Seri Saifuddin Nasution berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2024 di Puspen, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa.

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) dalam peringkat akhir membuat pindaan Akta Penagih Dadah yang bertujuan memerangi masalah dadah bukan sahaja dalam komuniti tetapi secara keseluruhannya.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan pada hari ini kekal komited mengiktiraf dadah sebagai musuh utama negara.

"Akta itu antaranya adalah untuk menghapuskan kesalahan jenayah bagi kes penagihan dadah ringan serta mengiktiraf pegawai pemulihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menentu sahkan sama ada individu tersebut seorang penagih atau tidak.

BACA LAGI : [VIDEO] Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki motosikal kemalangan depan sekolah

“Walaupun kami telah menyediakan 30 pusat pemulihan, jumlah klien yang kami telah bantu pulih secara komuniti lebih besar iaitu melebihi 70,000 orang.

“Selain itu, kerajaan juga komited memberikan seluruh kekuatan dan keupayaan bukan sahaja menjayakan pindaan akta ini tetapi juga membantu klien Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) bebas dari najis dadah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2024 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Selasa.

BACA LAGI : Trend kerja 3 hari seminggu jejaskan keberkesanan kerja, interaksi sosial

Pada masa sama, Saifuddin juga menyeru masyarakat sekeliling untuk memberikan bekas penagih peluang kedua dan tidak menghukum kesalahan lampau mereka.

“Kerja menghukum adalah kerja mahkamah, kita sebagai komuniti harus mempunyai empati dan sifat kemanusiaan memberikan mereka sokongan untuk tidak lagi terjerumus dalam penagihan dadah,” ujarnya.

Hari Terbuka Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2024 ini diadakan bertujuan untuk memberi informasi dan pendedahan berkaitan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan AADK.

Seiring dengan usaha itu, AADK akan turut giat mempromosikan usaha rawatan dan penagihan dadah secara sukarela dengan menyediakan advokasi awal, sesi kaunseling, khidmat nasihat dan sebagainya sama ada kepada penagih, keluarga dan komuniti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram