Kanak-kanak miskin di KL kelaparan, puncanya harga makanan meningkat


  • Massa
  • Khamis, 09 Mei 2024

Kenaikan harga barang keperluan asas menyebabkan segelintir kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur dilaporkan makan kurang daripada tiga kali sehari.

KENAIKAN harga barang keperluan asas menyebabkan segelintir kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur dilaporkan makan kurang daripada tiga kali sehari.

Hal ini kerana, kebanyakan ibu bapa atau penjaga cuba berjimat mengurangkan perbelanjaan berikutan peningkatan kos sara hidup.

Berdasarkan laporan Dapatan Utama Ranjau Sepanjang Jalan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia, data tersebut merupakan hasil tinjauan daripada 755 isi rumah berpendapatan rendah yang tinggal di 16 perumahan awam kos rendah di Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Trend kerja 3 hari seminggu jejaskan keberkesanan kerja, interaksi sosial

BACA LAGI: Pelajar perlu bijak pilih laluan pengajian, kerjaya terbaik

Kenaikan kos sara hidup dan kekangan kewangan memaksa hampir 40 peratus ketua isi rumah bekerja lebih masa dan mengurangkan penggunaan makanan serta perbelanjaan untuk barangan bukan makanan.

Daripada tinjauan itu juga mendapati kira-kira 52 peratus kanak-kanak makan kurang daripada tiga kali sehari, berbanding 45 peratus sebelum wabak Covid-19.

Melalui kajian 'Living on the Edge: Longitudinal Study on Post-Covid-19 Impact Assessment Among Low-Income Households in Kuala Lumpur', laporan itu mendapati kanak-kanak yang terlibat terjejas ekoran daripada keadaan semasa dengan sebahagian besar daripada mereka tidak mendapat makanan yang seimbang sejak wabak itu melanda dunia.

2685054

Isi rumah telah menjadi sebahagian daripada siri kajian awal pada Mei 2020, September 2020, Disember 2020 dan Mac 2021, yang mengesan kesan pandemik Covid-19 dan keluarga berpendapatan rendah.

Walaupun wabak Covid-19 belum diisytiharkan secara rasmi berakhir, Malaysia telah mengumumkan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April 2022 dan sudah ramai yang mula kembali bekerja.

Namun, menurut kajian tersebut, masih ada segelintir keluarga yang terjejas dan tidak mempunyai pendapatan yang stabil.

Keadaan itu lebih meruncing melibatkan isi rumah yang diketuai oleh golongan wanita dan orang kelainan upaya (OKU) sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan keperluan asas untuk keluarga.

Pada masa sama, melalui kajian PBB itu bertujuan untuk mengetahui bagaimana keluarga yang terjejas itu, yang median pendapatannya hampir RM3,000 sebulan menghadapi kenaikan harga makanan dan kos sara hidup lain sejak Covid-19.

"Kanak-kanak, yang kebanyakannya mempunyai masalah kesihatan, juga kurang makan dengan seorang daripada setiap dua makan kurang daripada tiga kali sehari," kata kajian itu.

Isi rumah telah menjadi sebahagian daripada siri kajian awal pada Mei 2020, September 2020, Disember 2020 dan Mac 2021, yang mengesan kesan pandemik Covid-19 dan keluarga berpendapatan rendah.

Lapan daripada 10 isi rumah berkata mereka bergelut untuk mendapatkan pendapatan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan harian mereka, berbanding era pandemik apabila tujuh daripada 10 dilaporkan mengalami kesukaran itu.

BACA LAGI: Naikkan juga gaji minimum pekerja belia swasta — Majlis Belia Malaysia

298237

Enam daripada 10 isi rumah, termasuk yang diketuai oleh wanita dan orang kurang upaya, menyatakan kos harga tinggi merupakan punca utama yang menyebabkan mereka tidak mampu menyediakan makanan berkhasiat kepada anak-anak mereka. — Gambar Hiasan

BACA LAGI: Kakitangan didakwa tak produktif, ada yang gesa kerajaan kaji semula kenaikan gaji kakitangan PTG

“Majoriti isi rumah iaitu 90 peratus daripada mereka mengatakan terjejas dengan kenaikan kos sara hidup, terutamanya harga makanan yang semakin meningkat dengan kira-kira 50 peratus mengatakan bahawa mereka mengalami masalah kewangan yang lebih teruk berbanding 2022.

Sementara itu, enam daripada 10 isi rumah, termasuk yang diketuai oleh wanita dan orang kurang upaya, menyatakan kos harga tinggi merupakan punca utama yang menyebabkan mereka tidak mampu menyediakan makanan berkhasiat kepada anak-anak mereka.

“Tabiat pemakanan telah mengalami perubahan ketara yang mana terdapat peningkatan penggunaan telur, nasi, dan mi segera.

“Kira-kira tujuh daripada 10 isi rumah kini melaporkan mereka lebih banyak membeli telur yang merupakan sumber protein paling berpatutan berbanding 52 peratus semasa wabak.

“Begitu juga, tujuh daripada 10 isi rumah juga menunjukkan peningkatan perbelanjaan beras berbanding empat dalam 10 dalam tempoh yang sama,” katanya.

Penggunaan pilihan makanan yang tidak sihat juga meningkat, dengan 46 peratus beralih kepada mi segera berbanding 40 peratus semasa wabak.

Masalah kewangan turut menjejaskan kesihatan mental mereka, dengan tiga daripada empat isi rumah mengakui bahawa peningkatan kos sara hidup telah menjejaskan mental mereka.

“Kadar kemurungan semakin teruk. Peratusan isi rumah yang melaporkan perasaan tertekan meningkat daripada 21 peratus pada September 2020 kepada 28 peratus pada Oktober 2023.

“Trend ini kekal konsisten untuk isi rumah yang diketuai wanita, dengan kadar berlegar sekitar 28 peratus hingga 29 peratus dalam tempoh ini, walaupun terdapat peningkatan ketara daripada 22 peratus pada Mac 2021,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyediakan enam cadangan utama sebagai langkah mitigasi.

Ini termasuk elaun penjagaan untuk semua kanak-kanak dari sebelum lahir hingga umur dua tahun, elaun untuk orang kurang upaya, lebih banyak bantuan sosial dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan seksual, reproduktif dan mental. — TheStar/ SHERIDAN MAHAVERA and RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram