Trend kerja 3 hari seminggu jejaskan keberkesanan kerja, interaksi sosial


  • Massa
  • Selasa, 07 Mei 2024

Menerusi tinjauan terkini yang dijalankan oleh Randstad Malaysia, 86 peratus pekerja di negara ini cenderung pilih jadual kerja lebih fleksibel, dengan hanya berada di pejabat selama tiga hari seminggu. — Gambar hiasan

MENERUSI tinjauan terkini yang dijalankan oleh Randstad Malaysia, 86 peratus pekerja di negara ini menyatakan kecenderungan untuk memilih jadual kerja yang lebih fleksibel, dengan hanya berada dalam pejabat selama tiga hari seminggu.

Tinjauan yang melibatkan 517 responden pekerja di Malaysia itu juga mendapati bahawa 39 peratus daripada mereka akan mempertimbangkan untuk meninggalkan pekerjaan masing-masing jika majikan meminta mereka untuk meluangkan lebih banyak masa di pejabat.

Trend tersebut sekali gus menunjukkan bahawa fleksibiliti dalam jadual kerja merupakan aspek yang semakin penting bagi kebanyakan pekerja.

BACA LAGI: Ketua jabatan jangan pilih bulu elak penjawat awam bermasalah terima kenaikan gaji — Cuepacs

2658432

Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad

Lebih menarik lagi, tinjauan tersebut juga mendapati dua daripada lima pekerja di Malaysia akan mempertimbangkan untuk berhenti jika dipaksa untuk bekerja lebih kerap di pejabat.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Fauziah Mohd Saad berkata, trend kerja tiga hari seminggu menunjukkan pertembungan dalam budaya kerja tradisional yang lebih fleksibel.

"Contohnya, dengan mengurangkan hari bekerja, pekerja dapat memiliki lebih banyak masa untuk berehat, menyelesaikan tugasan peribadi, atau menjalankan aktiviti kekeluargaan.

"Ini dapat meningkatkan keseimbangan kerja-hidup dan kepuasan pekerja. Selain itu, pengurangan perjalanan ke pejabat boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan impak alam sekitar," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: 'Dengar pun dah takut', cadangan pendedahan STEM seawal usia 4 tahun kurang dipersetujui

Namun, menurut Dr Fauziah Mohd, keberkesanan kerja dan interaksi sosial mungkin perlu dipantau dengan teliti untuk memastikan tidak terjejas oleh model kerja yang baharu.

"Hal ini kerana ia juga memberi kesan negatif kepada syarikat dan kerajaan sekiranya tidak dikaji terlebih dahulu.

"Contohnya, pekerja yang kurang di pejabat mungkin mengurangkan interaksi langsung antara pekerja, yang boleh mempengaruhi kolaborasi dan kreativiti. Ini boleh menyebabkan penurunan produktiviti.

"Selain itu, syarikat atau mana-mana agensi kerajaan berkemungkinan terpaksa menanggung kos tambahan seperti melabur dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT), peralatan rumah, atau perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja di rumah," katanya.

20151120172744-procrastination-young-man-home-office-laptop-distracted-work-distant

Keberkesanan kerja dan interaksi sosial mungkin perlu dipantau dengan teliti untuk memastikan tidak terjejas oleh model kerja baharu.— Gambar hiasan

BACA LAGI: Politik pejabat, jadi 'kambing hitam ' antara sebab Gen-Z, milenial tak minat jawatan pengurus — Kajian

Tambah beliau lagi, trend kerja tiga hari seminggu juga sebenarnya akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Contoh, sekiranya ramai yang memilih waktu fleksibel, sudah tentu mereka akan jarang keluar dari rumah. Ini sekali gus mungkin mengakibatkan pengurangan belanja, termasuk pembelian barangan dan perkhidmatan.

"Bukan itu sahaja, harus saya ingatkan persaingan antara pekerja itu sendiri akan menjadi faktor mereka kehilangan pekerjaan kerana majikan sudah tentu memilih pekerja yang boleh datang ke pejabat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram