Penstrukturan semula 3 Akaun KWSP, ketahui pengeluaran dibenarkan termasuk sejarah i-Citra dan i-Lestari


  • Massa
  • Jumaat, 26 Apr 2024

Inisiatif Akaun 3 bertujuan memenuhi keperluan tunai kecemasan ahli dan menarik minat pekerja sektor tidak formal untuk menyumbang.

TEKA-TEKI berhubung pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya terjawab selepas institusi itu mengumumkan perincian inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei depan.

Melalui pelaksanaan tersebut, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Di bawah inisiatif itu juga, Akaun Persaraan bertujuan mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Sementara Akaun Fleksibel berfungsi sebagai akaun baharu yang menyediakan fleksibiliti bagi keperluan kewangan jangka pendek.

BACA LAGI: Pencarum ada pilihan pindah dana simpanan Akaun Sejahtera ke Akaun 3 KWSP

Pencarum KWSP bagaimanapun diberi pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera mereka (sebelum ini Akaun 2) sebagai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.

Transaksi tersebut akan berkuat kuasa dari 11 Mei hingga 31 Ogos ini namun selepas tempoh itu, pencarum tidak boleh membatalkannya.

Melihat kembali beberapa tahun kebelakangan ini, selain Akaun Fleksibel, kerajaan juga pernah memperkenalkan tiga pengeluaran khas KWSP secara 'one-off' pada tahun 2021.

Ia sebagai salah satu usaha kerajaan dalam membantu memulihkan ekonomi rakyat yang dibebani hutang tertunggak akibat kehilangan pendapatan sejak pandemik Covid-19.

Berikut Majoriti senaraikan tiga jenis pengeluaran khas yang pernah diperkenalkan oleh KWSP:

BACA LAGI: Penstrukturan semula 3 Akaun KWSP bermula 11 Mei depan

2

Pengeluaran khas KWSP merupakan usaha kerajaan dalam membantu memulihkan ekonomi rakyat.

BACA LAGI: Tergesa-gesa mohon FSA2 KWSP nak pakai raya, jangan sampai tertipu khidmat i-Cagar di Facebook

1. i-Lestari

i-Lestari adalah saluran khas yang dibangunkan institusi berkenaan untuk memudahkan para pencarum membuat permohonan pengeluaran Akaun 2 KWSP.

Amaun yang layak dikeluarkan ahli di bawah pengeluaran i-Lestari adalah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh setahun tertakluk pada jumlah simpanan dalam Akaun 2 pada bulan permohonan dibuat.

Jumlah maksimum RM500 sebulan itu adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bagi bulan yang berkenaan.

Pengeluaran dilakukan secara automatik selagi masih ada wang dalam Akaun 2 dan ia dilakukan sehingga April 2021.

2. i-Sinar

4

Kategori 1 merangkumi antaranya ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri dan sektor ekonomi gig.

Skim i-Sinar dibuka kepada sehingga lapan juta ahli yang layak.

Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli.

Ia terbahagi kepada Kategori 1 dan Kategori 2.

Kategori 1 merangkumi antaranya ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Sementara Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020.

3. i-Citra

3

Sebanyak RM30 bilion disalurkan menerusi pelaksanaan i-Citra untuk menampung keperluan harian rakyat.

Inisiatif i-Citra yang diperkenalkan KWSP membolehkan ahli berusia bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000, tertakluk pada baki simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Ia juga diperkenalkan bagi membantu pencarum meneruskan kelangsungan hidup selepas meneliti cara yang terbaik bagi memenuhi keperluan asas rakyat Malaysia.

Pembayaran dibahagikan kepada lima bulan dengan harga RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Sebanyak RM30 bilion disalurkan menerusi pelaksanaan i-Citra untuk menampung keperluan harian rakyat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram