Pencarum ada pilihan pindah dana simpanan Akaun Sejahtera ke Akaun 3 KWSP


  • Bizz
  • Rabu, 17 Apr 2024

Pencarum KWSP diberi pilihan lebih fleksibel dengan penggunaan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel. — Gambar hiasan

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melakukan proses penstrukturan semula dengan menjenamakan akaun sedia ada selaras dengan pembentukan akaun baharu iaitu Akaun 3.

Menurut sumber, Akaun 1 KWSP dinamakan semula sebagai Akaun Persaraan manakala Akaun 2 sebagai Akaun Sejahtera dan Akaun 3 pula akan dikenali sebagai Akaun Fleksibel.

The Star difahamkan bahawa walaupun tarikh pelaksanaan Akaun 3 KWSP belum ditetapkan lagi namun ia dijangka akan diumumkan pada hujung April.

BACA LAGI: Pekerja kilang maut, tangan dan kepala putus lepas terjatuh dalam mesin pembancuh simen di Shah Alam

interview with Nurhisham Hussein EPF for a special report.  — AZLINA ABDULLAH/The Star

Akaun ahli KWSP berusia bawah 55 tahun akan distruktur semula. — Gambar hiasan

Selain itu, akaun pencarum berusia bawah 55 tahun akan distruktur semula daripada dua akaun kepada tiga bermula 11 Mei depan.

Buat masa ini, sebanyak 70 peratus daripada caruman ahli berusia bawah 55 tahun masuk ke Akaun 1 manakala 30 peratus ke Akaun 2.

Tetapi, selepas Akaun 3 dilaksanakan kelak, ia akan diagihkan kepada tiga pembahagian dengan 75 peratus akan dimasukkan ke dalam Akaun 1, Akaun 2 (15 peratus) dan Akaun 3 (10 peratus).

"Pencarum boleh memilih untuk memindahkan dana daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3) menerusi opt-in mechanism.

"Mereka diberi tempoh hingga 31 Ogos 2024 untuk berbuat demikian dengan menentukan jumlah dana permulaan dalam Akaun Fleksibel masing-masing," katanya.

BACA LAGI: Mayat anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu ditemui kakak ketika baru pulang sekolah

AKAUN 3 KWSP 2024 - 1

Pelaksanaan Akaun 3 akan diumumkan hujung April.

Sumber itu berkata, pencarum ada masa dari Mei hingga Ogos untuk menentukan jumlah permulaan Akaun 3, yang dipanggil sebagai fasa pengumpulan.

Sementara itu, bagi ahli KSWP yang memilih untuk tidak mahu berbuat demikian, jumlah baki mereka akan bermula dari angka kosong atau sifar sehingga caruman baharu dikreditkan.

"Simpanan daripada Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa, dengan jumlah pengeluaran minimum ialah RM50," tambahnya.

Katanya lagi, dividen KWSP berkemungkinan kekal sama bagi ketiga-tiga akaun berkenaan.

Sebelum ini KWSP memaklumkan, Akaun 3 akan berfungsi seperti akaun simpanan dan pencarum boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Cadangan untuk memperkenalkan akaun itu juga adalah untuk memenuhi keperluan tunai kecemasan. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram