SELURUH negara sedang berduka apabila dikejutkan dengan kemalangan nahas melibatkan dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.
Nahas kemalangan udara yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa menjalani latihan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Malah tular di media sosial, perkongsian saksi kejadian ada sebahagian mangsa nahas itu mati dalam keadaan menyedihkan kerana anggota badan dan cebisan daging korban bertaburan di sekitar kawasan kemalangan.
Rakaman itu memperdengarkan suara saksi menggambarkan keadaan di tempat tersebut dengan nada yang cukup sedih.
"Ya ALLAH, cebisan daging ya ALLAH. Banyak di situ ya ALLAH. Cebisan daging."
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas helikopter TLDM: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
Komen yang ditinggalkan lelaki itu berkenaan insiden nahas melibatkan dua helikopter bertembung.
Namun ada individu bertindak tidak sensitif akan nahas yang berlaku itu dengan meremehkan perajurit terkorban di dalam ruangan komen media sosial.
Seorang lelaki bertindak meninggalkan komen dengan menggunakan perkataan kasar terhadap mangsa nahas helikopter itu.
"Baru raptai dah mam***. Tak sempat nak perang."
Perkara itu mendapat perhatian daripada orang ramai yang mahu pemilik akaun tersebut dikenakan tindakan kerana tidak menghormati nahas mangsa kejadian.
Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung komen negatif yang dilontarkan lelaki itu.
BACA LAGI: Semua mangsa bawah 40 tahun — Khaled Nordin
Sebelum ini, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, identiti 10 kru yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM pada Selasa telah dikenal pasti.
Menurutnya, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita merupakan anggota dari Pangkalan TLDM Lumut dan Kota Kinabalu.
Semasa kejadian semua kru terlibat sedang mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram