TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter miliknya yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa.
Cawangan Komunikasi Strategik TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 9.32 pagi Selasa.
"Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.
“Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM. TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Saksi hiba nampak cebisan daging korban nahas 2 helikopter terhempas di Lumut
TERKINI: 2 buah Helikopter Angkatan Tentera Malaysia dilaporkan terhempas di Lumut, Perak pic.twitter.com/UQ9vcOsWUw
— Majoriti (@majoritionline) April 23, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Dua helikopter bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut
Pada masa sama, TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses siasatan.
Terdahulu, Majoriti melaporkan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada Selasa digemparkan dengan kejadian helikopter terhempas.
Nahas kemalangan udara yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.
Angkatan Tentera Diraja Malaysia memaklumkan pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec (M502-6) membawa tiga kru.
Helikopter HOM (M503-3) terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut," kata kenyataan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram