SAKSI kejadian melibatkan dua helikopter yang berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak sayu dan hiba semasa membuat rakaman di lokasi nahas.
Menerusi satu video tular, saksi memberitahu, ada sebahagian mangsa nahas itu mati dalam keadaan menyedihkan kerana anggota badan dan cebisan daging korban bertaburan di sekitar kawasan kemalangan.
Rakaman itu memperdengarkan suara saksi menggambarkan keadaan di tempat tersebut dengan nada yang cukup sedih.
"Ya ALLAH, cebisan daging ya ALLAH. Banyak di situ ya ALLAH. Cebisan daging," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Dua helikopter bertembung sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut
SAKSI kejadian kemalangan udara yang melibatkan dua helikopter berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak melihat tumpahan darah dan cebisan daging mangsa di lokasi kejadian pada Selasa.
Kredit Video: Orang Awam pic.twitter.com/XO5yuJTnl0
— Majoriti (@majoritionline) April 23, 2024
Terdahulu, Majoriti melaporkan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada Selasa digemparkan dengan kejadian helikopter terhempas.
Nahas kemalangan udara yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.
Angkatan Tentera Diraja Malaysia memaklumkan pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec (M502-6) membawa tiga kru.
Helikopter HOM (M503-3) terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut," kata kenyataan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram