SUSPEK yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada Ahad lalu dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Hafizul Harawi yang berbaju lokap berwarna ungu dibawa menaiki pesawat King Air B300 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kota Bharu, Kelantan.
Suspek yang berumur 38, tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Subang, Selangor pada pukul 2.05 petang, Selasa.
BACA LAGI: Suspek kes tembak di KLIA ditahan polis di Kelantan, kereta dipandu bukan milik Hafizul Harawi
Suspek diiringi oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah polis yang berpakaian taktikal dan lengkap bersenjata.
Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam menggunakan kenderaan polis jenis Proton Persona.
Pada Isnin, Hafizul ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu direman tujuh hari bermula Selasa, untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971— TheStar/AUSTIN CAMOENS
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram