PANGKALAN Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada Selasa digemparkan dengan kejadian helikopter terhempas.
Nahas kemalangan udara yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.
Menerusi satu rakaman tular pada Selasa, kejadian itu memperlihatkan kira-kira tujuh buah helikopter terbang di ruang udara dalam satu bentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat.
BACA LAGI : [VIDEO] Saksi hiba nampak cebisan daging korban nahas 2 helikopter terhempas di Lumut
Sementara itu, Tentera Diraja Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pertembungan kedua-dua helikopter berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.
"Kedua-dua helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.
"Pesawat HOM (M503-3) terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut," kata kenyataan tersebut.
Salah sebuah helikopter yang terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut. — Orang awam
Identiti mangsa yang sudah dikenal pasti adalah:
a. Pesawat HOM (M503-3) — 7 orang kru:
(1) Komander Muhammad Firdaus Ramli TLDM - PM Skuadron 503.
(2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM.
(3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM.
(4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.
(5) Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
(6) Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
(7) Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
b. Pesawat Fennec (M502-6) — 3 orang kru:
(1) Komander Muhamad Amir Mohamad TLDM - PM Skuadron 502.
(2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.
(3) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Saiful Rizan Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.50 pagi.
Katanya, pihak bomba sedang giat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi nahas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram