[VIDEO] Dua peragut berputih mata lepas dicekup orang awam di Batu Kawa


  • 112
  • Isnin, 22 Apr 2024

Tangkap layar video dua penyamun cuba meragut seorang wanita di Taman Desa Wira dekat Batu Kawa pada Isnin gagal selepas berjaya dicekup orang awam.

NIAT dua penyamun cuba meragut seorang wanita di Taman Desa Wira dekat Batu Kawa, Sarawak pada Isnin gagal selepas berjaya dicekup orang awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, seorang suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut juga berjaya ditahan oleh orang awam manakala rakannya dapat melarikan diri.

"Ketika kejadian, mangsa yang berusia 58 tahun itu berjalan kaki seorang diri di jalan Lorong 11 Taman Desa Wira sekitar pada pukul 7.54 pagi di kawasan perumahan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Allahuakbar', saksi nampak rider terpelanting rempuh Black Maria di Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Ibu, bayi meninggal dunia kereta remuk terperosok bawah lori tangki

"Secara tiba-tiba mangsa didatangi dua lelaki yang menggunakan motosikal berwarna merah cuba meragut beg tangan mangsa.

"Bagaimanapun, kejadian itu dilihat orang awam yang melalui jalan tersebut lalu bertindak menghalang dan menahan kedua-dua suspek.

"Mangsa mengalami cedera ringan ketika cuba bergelut dengan suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

440058711_977120617360587_7479651602700045619_n

Suspek berbaju hitam dan berseluar jeans berjaya ditahan oleh orang awam manakala rakannya berjaya melarikan diri. — Orang Awam

Tambah Lim lagi, suspek yang ditahan akan direman di mahkamah Kuching untuk membantu siasatan.

"Polis kini sedang giat memburu rakan suspek yang masih gagal dikesan," ujarnya.

Terdahulu tular satu video memaparkan beberapa orang awam membantu seorang wanita diragut di sebuah kawasan perumahan.

Tindakan pemandu Perodua Alza itu turut mendapat pujian ramai kerana kepantasannya mengejar suspek. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram