Ketahui blindspot lori tangki elak nahas ibu, bayi maut di Johor berulang


  • Massa
  • Selasa, 16 Apr 2024

Blindspot kenderaan merujuk kepada kawasan di sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat oleh pemandu menggunakan cermin atau pandangan langsung. — Agensi

MUTAKHIR ini, media acap kali melaporkan berita mengenai kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori treler dengan kenderaan lain di jalan raya.

Malah, ada sesetengah kemalangan yang berlaku berakhir dengan tragedi sehinggakan ada yang kehilangan nyawa orang tersayang.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita dan bayinya maut manakala suami dan seorang lagi anaknya cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat di sebuah jalan raya di Seri Penawar menuju Ladang Siang dekat Bandar Penawar, Johor pada Jumaat.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan warga maya, kejadian itu berpunca daripada pemandu lori tangki minyak yang tidak menyedari kehadiran kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa sehingga menyebabkan kemalangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki mengamuk anak dan isteri cedera sampai berdarah tercampak dari ‘sotong ride’ di Taiping

BACA LAGI: [VIDEO] Koperal pandu 'Black Maria' ditahan kes kemalangan maut remaja bermotosikal — Polis

Melihat kepada insiden tersebut, ramai yang mengaitkannya dengan titik buta (blindspot) kenderaan.

Untuk makluman, blindspot kenderaan merujuk kepada kawasan di sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat oleh pemandu menggunakan cermin atau pandangan langsung.

Setiap kenderaan mempunyai blindspot, tetapi kenderaan besar seperti lori atau bas mempunyai titik buta yang lebih besar berbanding kenderaan kecil.

196645054_4131626306896760_6836233756832385521_n

Kenderaan besar seperti lori atau bas mempunyai titik buta yang lebih besar berbanding kenderaan kecil. — Facebook/JPJ

BACA LAGI: [VIDEO] Anggota tentera bernanah telinga kena 'ceramah' lepas kantoi rakam gambar wanita tidur dalam kereta api

Menurut Ahli Persatuan Sains Pengangkutan Malaysia (TSSM), Profesor Madya Dr. Munzilah Md. Rohani dalam satu perkongsian rencana sebagai pemandu, adalah sangat penting untuk mengetahui lokasi blindspot bagi kenderaan yang sedang dipandu dan titik buta bagi kenderaan lain yang berhampiran.

Katanya, blindspot adalah kawasan di sisi kenderaan yang tidak dapat dilihat oleh pemandu melalui cermin belakang, cermin sisi atau peranti kamera kenderaan yang sedang dipandu.

"Titik buta ini terhasil dari had reka bentuk kenderaan, yang mana pada kedudukan tertentu, pemandu tidak akan dapat melihat aktiviti sekitar kenderaan tanpa bergerak dari posisi pemanduan biasa.

"Pemandangan pemandu akan terhalang oleh sudut pandangan yang terlindung. Walaupun hampir kesemua jenis kenderaan mempunyai had yang menyebabkan terhasilnya blindspot," katanya

Dalam pada itu laman web thelorry.com turut berkongsi jenis blindspot pada lori dan kenderaan berat lain yang patut kita peka sekali gus dapat mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku.

Abbiegeassistent1

Blindspot adalah kawasan di sisi kenderaan yang tidak dapat dilihat oleh pemandu melalui cermin belakang, cermin sisi atau peranti kamera kenderaan yang sedang dipandu. — Agensi

Blindspot Sisi

Blindspot sisi pada lori adalah kawasan di sebelah kanan dan kiri lori yang tidak dapat dilihat oleh pemandu melalui cermin sisi. Blindspot ini boleh menyebabkan pemandu lori tidak dapat melihat kenderaan kecil atau motosikal yang berada di sebelahnya.

Untuk mengelakkan daripada terjebak dalam blindspot ini, pastikan anda tidak berada di sisi lori jika anda tidak kelihatan di cermin sisi. Sekiranya lori tengah berpusing kiri atau kanan, berikan ruang di sebelah sisi lori dan jangan sesekali bersebelahan dengan lori semasa lori sedang berpusing.

Blindspot Belakang

Blindspot belakang adalah kawasan di belakang lori yang tidak dapat dilihat oleh pemandu melalui cermin belakang atau cermin sisi. Ini adalah salah satu blindspot yang paling berbahaya. Jangan sekali-kali berada di belakang lori dalam jarak yang sangat dekat. Pastikan sekurang-kurangnya 10 meter dari belakang lori.

Blindspot Depan

Blindspot depan juga adalah kawasan yang tidak dapat dilihat oleh pemandu sekiranya betul-betul berada di hadapan cermin lori. Ini kerana tempat duduk lori adalah tinggi, jadi lori tidak nampak dan tidak tahu apa yang ada di hadapan lori terutama ketika berhenti di persimpangan atau lampu isyarat. Lihat contoh video di bawah sekiranya berada di hadapan lori. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram