SEORANG wanita yang berani berdepan dengan anggota beruniform yang didakwa merakam gambarnya secara curi-curi mendapat pujian dalam kalangan warga maya.
Difahamkan insiden itu berlaku di dalam sebuah gerabak kereta api di Indonesia namun tidak dinyatakan lokasi sebenar.
Rakaman itu mendedahkan anggota beruniform itu merupakan seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).
Mangsa turut memuat naik insiden tersebut di laman media sosial X (Twitter), @carissapetri pada Rabu.
"Ini kali pertama aku naik kereta api dalam keadaan yang tidak selesa.
"Masa nak tidur aku tersedar lelaki ini mengambil gambar aku.
"Bila ditanya dia tak nak mengaku," ciapnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Remaja rempuh kenderaan polis di Melaka meninggal dunia selepas 9 jam bertarung nyawa
Ini vidionya gaes pic.twitter.com/0GADQtgEfI
— Kegoblogan.Unfaedah (@kegblgnunfaedh) April 11, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Remaja rempuh kenderaan polis di Melaka meninggal dunia selepas 9 jam bertarung nyawa
Tambahnya lagi, lelaki berkenaan kantoi mengambil gambarnya selepas didesak beberapa kali.
"Aku suruh dia buka galeri dan ternyata memang ada muka aku.
"Dia ingat dia pakai pakaian seragam dia kacak kot," katanya lagi.
Dalam video yang dikongsikan kedengaran suara mangsa meminta lelaki berkenaan untuk memadam kesemua gambar yang telah diambil.
"Apa motif kau nak ambil gambar aku? Nak hantar pada siapa?
"Tindakan kau ini sudah menceroboh privasi aku dan aku berhak buat laporan pada pihak berkuasa," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan wanita berkenaan yang berani mempertahankan dirinya.
Pada masa sama, ada dalam kalangan netizen meminta wanita tersebut untuk membuat laporan ke pihak TNI agar insiden tersebut tidak berulang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram