Jana Wibawa: Azam Baki tidak tolak ada nama lain turut didakwa


  • Primer
  • Khamis, 23 Feb 2023

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak terdapat beberapa lagi pihak lain bakal turut didakwa membabitkan projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat beberapa kertas siasatan yang masih sedang dalam proses untuk disiapkan sebelum ia dicadangkan untuk dibawa ke mahkamah bagi proses pertubuhan.

"Siasatan masih dijalankan dengan beberapa daripada ya telah dibuka di mana kita telah kemukakan kepada Peguam Negara dan telah dijalankan pertuduhan.

"Masih ada beberapa kertas siasatan masih lagi dalam tindakan dan pegawai penyiasat saya sedang siapkan kertas siasatan.

"Jadi saya tidak menolak mana-mana pihak pun bukan kata pemimpin, (tapi) mana pihak sekiranya terlibat dalam menerima suapan untuk sesuatu perkara menyalahi akta kita, mereka akan dicadangkan untuk pertubuhan di mahkamah, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media berhubung Op Tropicana yang diadakan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, pada Khamis.

Pada 20 Februari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, SPRM setakat ini masih belum mengenal pasti nilai sebenar projek tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, sebanyak 56 projek mendapat Surat Setuju Terima (SST) dengan keseluruhan projek itu bernilai RM6.3 billion.

Katanya, beberapa SST dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa dikatakan membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Pada Selasa, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Dalam pada itu, antara pemimpin utama yang sudah dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berkaitan projek tersebut adalah bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada masa sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut disahkan sudah memberikan keterangan kepada SPRM berhubung projek Jana Wibawa itu yang dilaksanakan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dalam pentadbiran sebelum ini.

Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

mengesahkan sudah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan yang dijalankan agensi itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jana Wibawa, SPRM, Azam Baki, Op Tropicana, Rasuah