Naib Presiden Umno dijangka bertembung 6 penjuru


  • Politik
  • Jumaat, 10 Feb 2023

Sekitar suasana PAU 2022 yang diadakan pada Januari lalu.

SELEPAS Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 selesai berlangsung pada bulan lalu, kini Umno perlu memberi tumpuan kepada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada bulan ini.

Parti terbesar Melayu itu secara rasminya memulakan persidangan peringkat cawangannya, dengan agenda pemilihan parti bermula 1 Februari hingga 26 Februari.

Sementara itu, pemilihan kepimpinan peringkat Umno bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan berlangsung pada 18 Mac depan.

Disebabkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti sah tidak dipertandingkan, sudah tentu ramai yang memberi perhatian kepada jawatan Naib Presiden Umno.

Ketika ini, terdapat tiga penyandang Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Namun, jawatan nombor tiga Umno itu boleh berubah sekelip mata, selepas majoriti ahli parti membuat pilihan.

Berikut merupakan enam calon dijangka bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno:

1.Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

file7os8mlxvv35vrjh6mua

Khaled Nordin

Pada 3 Januari lalu, Mohamed Khaled mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu pada tahun ini.

Beliau mengesahkan perkara itu selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Universiti UCSI Kampus Cawangan Bangladesh, di ibu negara.

Mohamed Khaled kini adalah Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi.

2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

file7oruudcq7ytlq54zhz2

Ismail Sabri

Ismail Sabri masih berteka-teki sama ada beliau akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, jika beliau bertanding dalam pemilihan itu, hanya satu jawatan yang menjadi pilihannya iaitu sebagai ketua bahagian.

Tegas Ismail Sabri, jika beliau mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya ketika ini, beliau tidak mahu lagi terus campur tangan dalam hal berkaitan parti.

Beliau bakal menjadi tumpuan memandangkan statusnya sebagai bekas Perdana Menteri dan Naib Presiden paling kanan memberi kelebihan kepada beliau dalam pemilihan kali ini.

3. Datuk Seri Mahdzir Khalid

template - 2023-02-09T192715.821

Mahdzir Khalid

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Mahdzir berhubung keputusannya mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.

Namun, beliau yang kehilangan kerusi Parlimen Padang Terap pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka perlu berusaha lebih keras, bagi meyakinkan ahli-ahli Umno untuk memilihnya semula.

Sebelum ini, Mahdzir merupakan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

4. Datuk Seri Hasni Mohamad

Johor Mentri Besar Datuk Seri Hasni Mohammad talking about the state elections during a casual chit-chat session at his official residence in Johor Baru. — THOMAS YONG/The Star

Hasni Mohamad

Pada 4 Februari lalu, Hasni dilapor mengesahkan bahawa, beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno ketika pemilihan parti tahun ini.

Justeru, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu akan meletakkan namanya sebagai calon bagi jawatan tersebut.

Perkara itu diumumkan Ahli Parlimen Simpang Renggam dan bekas Menteri Besar Johor tersebut, selepas Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Johor.

Pada 27 Januari lalu, Hasni yang juga Ketua Umno Bahagian Pontian digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, selepas menjawat jawatan itu sejak 2018.

5. Datuk Seri Azalina Othman Said

file7h90ciweddk13ib50beu (1)

Azalina Othman

Sejak dari awal penubuhannya, Umno masih belum pernah mempunyai seorang Naib Presiden wanita yang diangkat melalui proses pemilihan parti.

Namun, Azalina dilihat mempunyai karisma dan keupayaan untuk memecahkan tradisi yang selama ini memilih pemimpin-pemimpin lelaki bagi mengisi jawatan tersebut.

Apatah lagi, beliau dilihat lebih berkaliber, selepas memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Sama ada mahu bertanding atau tidak, semua keputusan bergantung di tangan Ahli Parlimen Pengerang itu, untuk naik setingkat lagi dalam hierarki kepimpinan Umno mahupun kekal mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

6. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

file7lfy7lcoi9196cmknfd

Zambry Abdul Kadir

Bulan lalu, Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan Umno kali ini.

Namun, Menteri Luar Negeri itu tidak mendedahkan jawatan yang akan ditandinginya, selain sekadar memberitahu akan mengumumkannya apabila tiba masanya.

Apa yang paling mustahak, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, beliau boleh menjadi sebahagian daripada pasukan untuk membina semula Umno.

Zambry sebelum ini menang kerusi MKT pada pemilihan yang dibuat pada 2018 lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram