DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kebimbangan sekiranya tiada perubahan dalam Umno, tatkala Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Kelantan,Terengganu,Kedah,Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bakal diadakan tidak lama lagi.
Jelas Naib Presiden Umno itu, individu yang turun mengundi bagi peringkat Parlimen merupakan muka sama yang akan mengundi bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ismail Sabri
Beliau berkata, jika parti tersebut mengemukakan semula calon yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ditambah pula dengan mengekalkan cara lama, maka sukar bagi Umno untuk diterima rakyat.
"Kecuali kalau promoter (parti) berubah dan produk (calon) yang dijual pun berubah.
"Jadi, rakyat akan cuba memilih. Kalau produk yang sama, sukar untuk dapat penerimaan," katanya semasa ditemu bual bersama Majoriti.
Pikat hati golongan muda
Umno disaran untuk memikat hati golongan muda.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Umno juga perlu memfokuskan kaedah memikat hati golongan muda yang jelas mempunyai pemikiran berbeza.
Tambahnya, sebelum ini kebanyakan rakyat mahukan pemimpin yang memberi perkhidmatan terbaik.
Suasana sekitar Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 pada Januari lalu.
Sebagai contoh, katanya, bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim antara pemimpin terbaik yang melaksanakan tanggungjawab tersebut.
"Namun, pemikiran rakyat sekarang berbeza, yang mana rakyat bukan hanya melihat kepada service (khidmat) seseorang pemimpin, sebaliknya mereka melihat secara keseluruhan.
"Pemikiran orang muda ada yang liberal, bercakap tentang soal hak, parti integriti, soal rasuah, pemimpin mesti bersih dari rasuah.
"Dari segi parti juga perlu bebas rasuah, beri kebebasan kepada ahli parti untuk bersuara dan tiada sekatan," jelasnya.
Tukar pemimpin
Kenangan, Pak Lah (kiri) berjabat tangan dengan Dr Mahathir ketika PAU 2003.
Lantaran itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, Umno perlu mempunyai new offer (tawaran baharu) dan new hope (harapan baharu) termasuk menukar pemimpin parti.
Beliau memberi contoh bekas Perdana Menteri keempat dan kelapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sebagai pemimpin hebat.
Namun, apabila Dr Mahathir terlalu lama dilantik menjadi pemimpin, katanya, rakyat mula menolak kerana mahukan perubahan.
"Oleh itu, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pula dilantik sebagai Perdana Menteri. Orang ramai mula buat perbandingan antara Pak Lah dan Tun Mahathir. Ada yang kata (pentadbiran) Tun Mahathir lebih baik.
"Tetapi, disebabkan Pak Lah merupakan harapan baharu, beliau diharapkan boleh ubah apa yang Tun Mahathir buat. Sebab itulah ketika itu Pak Lah menjadi Perdana Menteri.
"Sebab itu juga Umno kena ada new hope, barulah ada new product dan new promoter," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,