DAP kena jawab sendiri kenapa tak disukai Melayu — Pakar


  • Politik
  • Rabu, 30 Nov 2022

DAP menyifatkan kenyataan Abdul Hadi, yang mendakwa parti itu menyebar dan mempromosi Islamofobia sebagai cubaan untuk melaga-lagakan kepimpinan PH dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

DAP kena jawab sendiri sebab tidak disukai orang Melayu, kata Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.

Penganalisis politik veteran itu memberi contoh bahawa, Langkah Sheraton yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan tidak bersetuju dengan dasar DAP ketika berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

attoorryyy (1)

Ahmad Atory — Agensi

"Ini (Langkah Sheraton) bukan disebabkan masalah tikam belakang Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi, Muhyiddin hanya ditonjolkan sebagai pengkhianat, derhaka, keluar parti. Ia semua ada sebabnya.

"Langkah Sheraton ketika itu dipersetujui oleh PAS, Bersatu dan Umno yang majoritinya disertai oleh pemimpin politik Melayu.

"Saya mengkaji dari segi akademik dan bukan dari segi provokasi atau emosi PH," katanya kepada Majoriti.

Isu-Komik-Dap-

Komik kontroversi ketika zaman pemerintahan PH. — Agensi

Antara perkara yang dipercayai tidak disenangi oleh orang Melayu ketika pemerintahan 22 bulan PH, termasuk gesaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), perjuangan konsep ‘Malaysian Malaysia', penghasilan komik propaganda, perancangan untuk meratifikasi Statut Rom, serta penentangan tulisan Jawi pada buku teks sekolah rendah.

d9765cd9569b5cf4f5efdc9d25e95b82

Langkah Sheraton pada Februari 2020 berjaya menggulingkan pentadbiran PH.

Langkah Sheraton pada Februari 2020 bermula apabila 11 ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti dan membentuk blok bebas, selain keputusan Bersatu untuk keluar dari gabungan PH.

Peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pula secara rasmi menamatkan pemerintahan kerajaan PH.

Terdahulu, DAP menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mendakwa parti itu menyebar dan mempromosi Islamofobia sebagai cubaan untuk melaga-lagakan kepemimpinan PH dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

19 November tarikh getir buat Anwar

1834760

Anwar ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Ketika ditanya sama ada PAS masih belum 'move on' atau tidak menerima lantikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Ahmad Atory tidak melihat perkara itu seperti yang didakwa.

Sebaliknya, Ahmad Atory berkata, parti tersebut sememangnya bersetuju dengan pelantikan itu disebabkan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya rasa, pada permulaannya, PAS atau PN menerima pembentukan Kerajaan Perpaduan.

"Ini sebab mereka fikir tiada satu parti yang ada majoriti ketika PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15).

"Tetapi, apabila beralih ke proses selepasnya, saya rasa PAS tidak bersetuju dari segi teknikal iaitu berkaitan dengan undian majoriti kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang).

"Mereka bukannya mempertikaikan lantikan Agong terhadap Anwar, tetapi mempertikaikan undian majoriti yang diperoleh Perdana Menteri sekarang," ujarnya.

Bagi merungkaikan kekusutan itu, Ahmad Atory berkata, 19 Disember ini merupakan penentu yang mana Anwar akan diuji sama ada beliau benar-benar memperoleh undian majoriti Ahli Parlimen.

"Selepas tarikh itu, perkara ini akan selesai dan tiada pertikaian lagi.

"Namun, terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong yang akan menentukan mengikut Perlembagaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram