Chegu Bard dipanggil polis isu lombong di Mersing


  • 112
  • Rabu, 30 Nov 2022

Ketua Polis Daerah Mersing,  Superintendan Cyril Edward Nuing

AKTIVIS politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dipanggil membantu siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya pada Rabu.

Laporan itu dibuat berhubung isu yang dibangkitkan Badrul Hisham mengenai perlombongan pasir dan emas di Mersing, Johor.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, merujuk pada laporan itu, polis menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Buat masa sekarang, kita hanya mengambil keterangan daripada Badrul Hisham sahaja," katanya.

Sebelum ini, Badrul memuat naik satu status di Facebook memaklumkan, polis sudah membuka kertas siasatan ke atasnya.

Laporan dibuat pada 17 November itu membabitkan isu yang dibangkitkan Badrul Hisham mengenai aktiviti perlombongan yang didakwanya memberi kesan negatif kepada penduduk setempat.

Beliau dijangka memberi keterangan pada 2.30 petang Rabu di ibu pejabat polis Mersing. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram