Panggilan Bang Non, Pak Sheikh antara 10 trivia menarik Anwar Ibrahim


  • Politik
  • Khamis, 24 Nov 2022

Anwar ketika perjalanan ke Istana Negara pada Selasa.

STATUS Parlimen tergantung berlarutan sehingga hari kelima selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu apabila tiada mana-mana parti politik atau pakatan memperoleh undian majoriti.

Namun, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Baginda pada Selasa membawa perubahan apabila bayangan Perdana Menteri ke-10 (PM10) dilihat semakin hampir mencapai kata muktamad.

Selepas Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada Khamis, Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai PM10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, Istiadat Mengangkat Sumpah PM10 dijadual pukul 5 petang Khamis di lstana Negara.

Anwar sememangnya figura yang diketahui disenaraikan antara calom PM10 dan pencapaian PRU15 dengan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen meletakkan pakatan itu sebagai blok terbesar pada PRU kali ini, sekali gus membuka ruang untuk Presiden PKR itu memenuhi impian untuk bergelar perdana menteri.

file7nowzvb5mcn15deba7xz

Anwar meraikan kemenangan bersama rakan-rakan seperjuangan selepas memenangi kerusi Palimen Tambun pada PRU15.

Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai Ahli Parlimen Tambun ini:

1) Latar belakang

Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947, di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, yang juga bekas Ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan.

Ibunya, Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita Umno.

2) Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kemudian, beliau meneruskan persekolahan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.

Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan menjadi wakil pemidato sekolahnya, selain dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK.

Pada 1967, beliau melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

3) Isteri dan anak ikut jejak langkah

Screenshot 2022-11-22 191335

Dr Wan Azizah ketika memulakan tugas hari pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2018. — Berita Harian

Ibarat menjadi tulang belakang, isteri Anwar yang juga doktor mata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ketinggalan mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik.

Dr Wan Azizah merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020.

111114960_10160826608481840_2775403822067213667_n (1)

Anwar bergambar bersama isteri dan lima anak-anaknya. — Facebook Anwar

Sementara itu, puteri sulung mereka, Nurul Izzah Anwar merupakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008 hingga 2018, dan Permatang Pauh pada 2018 hingga 2022.

Bagaimanapun lima lagi anak pasangan yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke-42 ini tidak mengikut jejak langkah dalam dunia politik, tetapi sudah pasti mereka menyokong perjuangan ibu bapa mereka.

4) Gemar meluangkan masa bersama cucu

EeY0rGzVAAAtC8A

Anwar bermain catur bersama cucunya. — Twitter Anwar

Antara aktiviti bersama cucu-cucu tersayang adalah bermain catur.

Bagi Anwar yang lebih mesra dipanggil Bang Non dan Pak Sheikh dalam kalangan media tempatan, permainan itu merupakan latihan menguji minda, kesabaran dan menyerang pada waktu tepat.

EjPPrUoU4AA0VLA

Anwar menonton filem bersama cucu-cucu tersayang. — Twitter Anwar

Selain itu, beliau juga dilihat menonton filem bersama cucu-cucunya.

Screenshot 2022-11-22 165244

Sambutan hari lahir cucu Anwar. — Twitter Anwar

Malah, keakraban hubungan sesama mereka juga dapat dilihat apabila Anwar turut serta meraikan hari kelahiran cucunya.

5) Kisah perjuangan difilemkan

Screenshot 2022-11-22 162126

Kisah perjuangan Anwar menjadi inspirasi buat karyawan luar negara. — Instagram Farid Kamil

Kisah perjuangan politik Anwar diterbitkan dalam bentuk filem oleh syarikat produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.

Filem berjudul 'Anwar' itu arahan Viva Westi, pernah meraih trofi sutradara terbaik pada Festival Filem Indonesia pada 2008.

Watak Anwar dalam filem itu dibawa oleh pelakon, Farid Kamil.

Selain Farid, filem Anwar menampilkan pelakon hebat seperti Acha Septriasa yang membawa watak Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad), Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Berlatarkan tahun 1993 sehingga 1998, filem berkenaan diolah daripada kisah benar dan susur galur perjuangan Anwar Ibrahim melawan sistem kerajaan korup yang akhirnya dihukum penjara.

6) Kenalan dunia

41568213399_BJHabiebie (1)

Anwar (kiri) ketika bersama Allayarham BJ Habibie. — Facebook Anwar

Anwar dikenali sebagai sahabat karib Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie.

Beliau mengakui sangat terkesan dengan pemergian bekas Presiden Indonesia ketiga itu.

DiN4XuvW0AAz99n

Erdogan (dua dari kanan) dan isteri melawat Anwar ketika mendapat rawatan perubatan di Turkiye pada 2018. — Twitter Anwar

Bukan itu sahaja, beliau mengenali rapat Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani.

7) Muka depan majalah

template - 2022-11-22T192944.124

Anwar menjadi penghias muka depan TIME.

Anwar antara rakyat Malaysia yang diiktiraf majalah tersohor dunia iaitu majalah TIME, sebagai salah seorang yang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2008.

Wajah Anwar pernah beberapa kali dipilih menjadi muka depan majalah tersebut.

template - 2022-11-22T192855.909

Antara edisi TIME memaparkan Anwar sebagai penghias muka depan.

Ini menunjukkan bahawa pemimpin tersebut bukan sahaja terkenal di negara ini, malah popular di seluruh dunia.

Tidak boleh dinafikan impak yang Anwar bawa dalam landskap politik Malaysia cukup besar.

8) Hobi

Screenshot 2022-11-22 195917

Anwar menjadikan aktiviti berbasikal sebagai salah satu hobi. — Agensi

Sebelum ini, Anwar berkongsikan aktiviti riadahnya pada waktu petang iaitu berbasikal menerusi sebuah foto.

Screenshot 2022-11-22 195937

Anwar bersama isteri dan cucu dilihat memberi makan kepada ikan ternakan. — Agensi

Foto lain memaparkan beliau bersama isteri, Dr Wan Azizah berada di tepi sebuah kolam ikan hiasan.

9) Pembedahan di Turkiye

Screenshot 2022-11-22 181852

Anwar (dua dari kanan) bersama anaknya, Nurul Hana berdiri menggunakan alat sokongan di perutnya yang dirakam selepas pembedahan pada 2018. — Facebook Anwar

Pada Julai 2018, Anwar selamat menjalani pembedahan tulang belakang dan bahu kanannya,

Menurut beliau, pemeriksaan koronari angiogram dijalankan ke atasnya ketika di PPUM Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menentukan tahap dan keperluan menjalani pembedahan tulang belakang dan bahu.

"Tiada kesan signifikan terkait obstructive coronary disease (penyakit jantung koronari), namun sebagai pemulihan lumbar central stenosis secondary serta central disc herniation yang saya alami, saya harus menjalani pembedahan tulang belakang susulan di Medipol Mega University Hospital, Istanbul, Turkiye," katanya dipetik sebagai berkata.

Anwar turut memuat naik gambar beliau bersama dua anak perempuannya, Nurul Hana dan doktor di hospital berkenaan.

Gambar berkenaan menampakkan Anwar berdiri menggunakan alat sokongan yang dibalut di perutnya yang dipercayai dirakam selepas pembedahan.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke PPUM selepas mengadu sakit bahu dan belakang sekembalinya dari lawatan ke Turkiye.

10) Penulis buku

313935909_144562224988757_3545871335939612208_n

Anwar (kiri) ketika pelancaran buku Membangun Negara Madani baru-baru ini.

Pada November tahun ini, Anwar menulis sebuah buku bertajuk ‘Membangun Negara Madani’.

Anwar berkata, penulisan buku tersebut diilhamkan daripada pengalaman politik, kegiatan dakwah dan pembacaan ribuan buku tentang negara dan wawasan.

Sebulan sebelum itu, beliau menulis bertajuk ‘Script: For A Better Malaysia’, yang difahamkan versi bahasa Inggeris bagi buku ‘Membangun Negara Madani’.

template - 2022-11-22T194221.667

Antara buku-buku awal ditulis oleh Anwar.

template - 2022-11-22T194323.680

Selain berpolitik, Anwar juga aktif menulis buku.

Pada Januari 1996, beliau menulis buku Gelombang Kebangkitan Asia, yang berkisarkan wawasannya untuk Asia yang lebih toleran, pluralistik, bijak dan sopan.

Antara koleksi buku lain ditulis oleh pemimpin itu termasuk Gelombang Kebangkitan Asia, Warkah Anwar: Surat-Surat Dari Penjara 1998-2004, Menangani perubahan,Jelaskan Wadah Perbaharui Tekad, Keadilan Bagi Orang yang Bersolat, dan Membangun Semula Makna Diri Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram