'Undur segera', KJ sifatkan Zahid tiada keabsahan moral


  • Politik
  • Selasa, 22 Nov 2022

Khairy meluahkan perkara tersebut menerusi laman twitter.

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meluahkan rasa tidak puas hati dengan perundingan kerajaan baharu yang diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Selasa.

Calon Parlimen Sungai Buloh tersebut berkata demikian di laman Twitter miliknya kerana menganggap presiden parti berkenaan tidak layak membuat keputusan buat parti tersebut.

"Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan @DrZahidHamidi. Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden Umno dan mesti undur segera. He may be President in name, but he has no moral authority left to decide on behalf of Umno (Beliau mungkin presiden pada namanya, tapi beliau tidak lagi memilik keabsahan moral untuk membuat keputusan bagi pihak Umno.).

Tangkap layar muat naik Khairy.

Terdahulu,akar umbi Umno menggesa Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan meletak jawatan segera susulan kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, gesaan itu tidak diendah ahli Parlimen Bagan Datuk itu, malah beliau tampil sebagai 'King Maker' dalam pembentukan kerjasama antara parti untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut rekod, Khairy adalah penyandang Parlimen Rembau untuk tiga penggal sebelum ditempatkan di kerusi Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru.

Bagaimanapun, Khairy tewas kepada Datuk R. Ramanan yang meraih kemenangan sekali gus mempertahankan kerusi Pakatan Harapan (PH) di Sungai Buloh.

R. Ramanan menang di kerusi itu dengan 50,943 undi, manakala Khairy (48,250 undi) menjadikan majoriti 2,693 undi.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Sungai Buloh dimenangi oleh R Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram