'Kita perlu move on,' Agong titah akan segera putuskan lantikan PM ke-10


  • Primer
  • Selasa, 22 Nov 2022

Seri Paduka Baginda berkenan keluar dari Istana Negara untuk mencemar duli menyantuni media. — Bernama

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri-ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah akan membuat keputusan tidak lama lagi mengenai gabungan mana yang bakal membentuk kerajaan Persekutuan dan melantik Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat..

Baginda yang berkenan keluar dari Istana Negara untuk mencemar duli menyantuni kumpulan media, bertitah belum boleh mendedahkan apa-apa lagi.

“Sila rasional, kita perlu teruskan. Kita perlu move on. Kita perlu bergerak ke depan demi rakyat dan negara tercinta,” titah Al-Sultan Abdullah.

Seri Paduka Baginda berkenan keluar dari Istana Negara untuk mencemar duli menyantuni media. — Bernama TV

Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat supaya menerima apa sahaja keputusan berkaitan pelantikan tersebut serta pembentukan kerajaan baharu kelak.

Pada Isnin, Istana Negara menerusi satu kenyataan memaklumkan Baginda berkenan melanjutkan tempoh masa kepada parti politik dan gabungan parti politik untuk mengemukakan gabungan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan calon Perdana Menteri hingga 2 petang Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram