Anggota polis sebar gambar pesalah juvana dapat pujian


  • Benua
  • Rabu, 01 Jun 2022

Gambar mugshot Marquez disebarkan di seluruh bandar Uvalde, Texas. — Agensi

TINDAKAN seorang anggota polis membawa seorang pesalah juvana lelaki berusia 10 tahun, Daniel Issac Marquez yang digari dan menyebarkan gambar mugshot pelaku berjaya menakutkan kanak-kanak di Florida, Amerika Syarikat supaya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah.

Pesalah juvana itu sebelum ini didakwa kerana mengancam tembakan besar-besaran di sekolah rendahnya.

Kata Sheriff Carmine Marceno, sebahagian besar ibu bapa datang kepadanya dan mengucapkan terima kasih kerana tindakan itu berjaya menakutkan anak mereka.

"Ia mengubah cara kita berkelakuan dan ia mengubah cara kanak-kanak berfikir.

"Sebagai contoh, Marquez menerima akibatnya selepas dia menghantar banyak mesej teks yang memaparkan gambar serangan bersenjata dan ancaman bertulis yang mengatakan 'bersedia'," katanya.

Budak lelaki itu telah ditangkap dan didakwa pada hari Sabtu kerana membuat ugutan untuk melakukan tembakan secara besar-besaran.

Tangkapan gambar dan video penahanannya dikeluarkan tidak lama kemudian.

Sheriff, yang telah berulang kali mengatakan bahawa 'ancaman palsu' menyamai 'akibat sebenar,' berkata, dia akan terus berkongsi mugshot juvana kerana dengan berbuat demikian ia dapat memastikan keselamatan setempat dan mendidik bahawa setiap kesalahan mempunyai akibat tersendiri.

"Perkara terakhir yang kami mahu lakukan ialah mengenakan gari ke atas kanak-kanak berumur 10 tahun, itu bukan yang kami mahu.

"Tetapi, kami perlu melakukan tugas kami dan kami perlu memastikan keselamatan kanak-kanak," ujarnya.

Marceno yang berkhidmat Uvalde,Texas tidak asing dalam mempublikasikan jenayah kanak-kanak.

Polis daerah telah berkongsi sekurang-kurangnya sembilan mugshot remaja dalam beberapa tahun kebelakangan ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram