Pernah tercicir kolej, Alexandr Wang kini jutawan termuda Forbes


  • Benua
  • Jumaat, 27 Mei 2022

Alexandr Wang sudah berjaya dinobatkan Forbes sebagai 'self-made billionaire' termuda dunia pada ketika ini. — Agensi

LAZIMNYA, individu berusia 25 tahun mungkin bergelut mencari peluang pekerjaan atau baru sahaja menamatkan pengajian bagi berusaha mencapai kehidupan yang lebih selesa.

Lain pula ceritanya dengan Alexandr Wang, yang dinobatkan Forbes sebagai 'self-made billionaire' termuda dunia pada ketika ini.

Menariknya, kejayaan yang diperolehi bermula dengan usaha beliau sendiri apabila memilih untuk berhenti belajar pada usia 19 tahun di MIT dalam meneruskan cita-citanya dalam menjadi pengasas bersama sebuah syarikat teknologi dinamakan sebagai Scale AI.

Wang

Dianggarkan 15% pegangan Wang dalam syarikatnya bernilai $1 bilion, menjadikannya jutawan termuda di dunia. — Agensi

Dibesarkan di Amerika Syarikat, anak kepada dua ahli fizik yang membangunkan senjata bagi tujuan peperangan ini nampaknya turut menyalurkan kepakarannya dalam bidang yang sama dengan cara berbeza.

Alexandr dibesarkan di Makmal Kebangsaan Los Alamos New Mexico, Amerika Syarikat iaitu tapak rahsia besar tentera Amerika membangunkan bom atom pertamanya semasa Perang Dunia II, menurut laporan Forbes.

Syarikat Scale AI yang dibangunkan merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan AI melibatkan data yang mana syarikat ini bukan sahaja sudah membantu 300 syarikat lain, malah turut menjadi tulang belakang kepada pihak ketenteraan Amerika Syarikat.

Teknologi Scale Al dilaporkan dapat menganalisis imej satelit, jauh lebih cepat daripada penganalisis manusia untuk menentukan berapa banyak kerosakan yang disebabkan oleh bom Rusia di Ukraine.

Dianggarkan 15% pegangan Wang dalam syarikatnya bernilai $1 bilion, menjadikannya jutawan buatan sendiri termuda di dunia, menurut Forbes. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram