Penulis novel bikin fantasi bunuh suami jadi realiti


  • Benua
  • Khamis, 26 Mei 2022

Nancy bakal dijatuhkan hukuman pada 13 Jun dan boleh dipenjara selama 25 tahun.

PADA 2011, penulis dan penerbit novel cinta Amerika Syarikat, Nancy Crampton-Brophy menulis catatan blog bertajuk " Cara membunuh suami anda" yang menceritakan pelbagai kaedah pembunuhan, serta kebaikan dan keburukan mereka.

Sembilan tahun kemudian iaitu pada 2020, Nancy telah didakwa membunuh suaminya, Daniel Brophy.

Daniel ditemui mati dengan kesan tembakan di tempat kerjanya, Institut Kulinari Oregon di Portland, Amerika Syarikat pada 2018.

Kisah pembunuhan yang ditulisnya menjadi realiti setelah dia melakukan pembunuhan itu.

Pada Rabu, juri di Portland mendapati Nancy, 71, bersalah atas pembunuhan tahap kedua.

Menurut laporan New York Times, juri mengambil masa selama 24 jam untuk membuat keputusan.

Pendakwa raya mendakwa Nancy melakukan jenayah sebagaimana plot yang dibayangkannya.

Dia kemudian telah mendapatkan sepucuk pistol sebelum menembak mati suaminya.

Nancy bakal dijatuhkan hukuman pada 13 Jun dan boleh dipenjara selama 25 tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram