PRN Johor: BN menang majoriti mudah


  • Politik
  • Sabtu, 12 Mac 2022

PENGERUSI BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad serta para penyokong BN mengangkat tangan ketika mendengar pengumuman tidak rasmi PRN Johor pada Sabtu. — Bernama

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kemenangan itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Johor yang baharu dengan majoriti melebihi 50 peratus.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan berkenaan adalah setakat jam 11.05 malam Sabtu.

"Hari ini (Sabtu) pengundian bagi DUN Johor ke-15 telah berjalan lancar dan baik," katanya menerusi satu kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PRN Johor, Barisan Nasional, majoriti, DUN