PERTEMBUNGAN antara PKR dan Muda menyaksikan kedua-dua calon itu tewas di Larkin dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Calon PKR, Zamil Najwah mendapat 6,448 undi manakala Rasid Abu Bakar mendapat 4,948 undi.
Pertembungan antara mereka berdua sebelum ini menjadi perhatian kerana Muda dan PKR merupakan rakan sekutu yang merebut kawasan sama.
Perpecahan undi pembangkang dilihat memberi kesan positif kepada calon Barisan Nasional, Md Hairi Md Shah yang menang dengan jumlah undian sebanyak 16,053.
Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Bujang mendapat 9,875 undian manakala Mohamad Riadz Mohamad Hashim (810) dan Norramadan Buan (299). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram